Harian Metro

Sentiasa ingatkan diri sendiri

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Seperti cerita yang tak kunjung padam, nampaknya penyebaran video lucah mirip artis tempatan seolah-olah cerita kitar semula yang diulang setiap tahun.

Apa yang berubah hanyalah individu terbabit dan pengakhira­nnya akan memakan diri sendiri.

Bagi pelakon Azrel Ismail, dia mengaku sejak kebelakang­an ini semakin banyak gambar dan video lucah membabitka­n artis tempatan tular di media sosial.

Enggan mengambil pusing kesahihan setiap gambar atau video yang tersebar, Azrel berkata, dia tidak faham motif penyebaran satu per satu video lucah terbabit.

“Saya sedar gejala ini semakin berleluasa. Boleh dikatakan banyak juga video atau gambar mirip artis tular di media sosial hari ini.

“Bagaimanap­un, saya tidak mahu ambil pusing mengenai kesahihan setiap gambar atau video lucah terbabit. Namun, jika ia dibuat sebagai satu cara meraih publisiti untuk menaikkan nama menggunaka­n pihak lain, ia tindakan yang tidak wajar.

“Bagi saya, artis perlu memikirkan cara lain untuk memasarkan diri mereka ke arah kebaikan.

Bagaimanap­un, jika ada video atau gambar yang tersebar adalah pemilik sebenar, saya berharap artis terbabit lebih peka dan jangan sesekali menjatuhka­n maruah diri. Ini kerana status selebriti yang dipegang ini bukan tugas mudah,” katanya.

Menurut Azrel, dia sentiasa berdoa dan mengingatk­an dirinya supaya elak melakukan perkara sedemikian.

“Saya akan cuba menjauhkan diri daripada terjebak melakukan perkara sedemikian. Saya tahu setiap perbuatan buruk yang dilakukan pasti pengakhira­nnya akan meranapkan

 ?? FOTO:
SOLEKAN:
PAKAIAN:
LOKASI: ??
FOTO: SOLEKAN: PAKAIAN: LOKASI:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia