Harian Metro

KELUARGA BOLA SEPAK CIPTA NAMA

-

Dua pemain yang mempunyai talian persaudara­an adik dan abang bermain dalam satu pasukan adalah perkara biasa, namun jika tiga orang sekali mewakili kelab sama adalah sesuatu luar biasa walaupun mereka tidak beraksi pada musim dan waktu serentak.

Ini yang berlaku kepada adik-beradik Hazard, iaitu Eden, Thorgan dan Kylian tatkala kesemua mereka pernah serta masih beraksi ersama Chelsea, sekali gus menimbulka­n tanda tanya apakah yang kehebatan dimiliki keluarga ini.

Eden misalnya tidak perlu diperkenal­kan lagi, prestasiny­a sejak 2012 mula mewakili Chelsea sehingga sekarang memang sangat luar biasa, malah boleh dikategori­kan dia di antara 10 pemain sayap terbaik dunia.

Bagi peringkat negara pula, kejayaan membawa Belgium ke separuh akhir Piala Dunia tahun ini, membuktika­n lagi bahawa dia adalah seorang pemain lengkap, terutama selepas memiliki kelebihan dari segi menggelece­k pertahanan lawan.

Berdasarka­n statistik, Hazard akan memperdaya­kan pemain setiap 14.1 minit, dengan peratusan sebanyak 80.4 peratus, serentak dengan itu meletakkan­nya sebagai seorang pemain paling lincah.

Anugerah Bola Perak yang diraih di Russia, meletakkan pemain berusia 27 tahun itu sebaris dengan legenda lain seperti Ronaldo, Davor Suker, Roberto Baggio dan Lothar Matthaus.

Menjadi seorang pemain yang hebat menyebabka­n Eden diburu kelab gergasi Eropah lain seperti

Real Madrid dan

Barcelona, namun dia dilihat masih lagi setia serta gembira untuk kekal bersama The Blues.

Dia juga dilihat sesuai dengan pendekatan pengurus baru, Maurizio Sarri yang lebih mengutamak­an sistem menyerang berbeza dengan pengendali terdahulu, Jose Mourinho dan Antonio Conte.

Selepas lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, Eden berada di tangga teratas senarai penjaring terbanyak apabila meledak tujuh gol.

Sebenarnya kehebatan keluarga Hazard ini sangat luar biasa dalam bidang sukan terutamany­a, bola sepak apabila ibu (Carine) dan bapanya (Thierry) adalah bekas pemain.

Thierry menghabisk­an sepanjang kariernya di peringkat semi profesiona­l bersama pasukan La

 ??  ?? THORGAN (kiri) dan Eden ketika mewakili Belgium. ADIK-beradik Hazard menyarung jersi Perancis ketika kanak-kanak.
THORGAN (kiri) dan Eden ketika mewakili Belgium. ADIK-beradik Hazard menyarung jersi Perancis ketika kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia