Harian Metro

Konsep minimalis kurangkan kos dekorasi

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Kerja pengubahsu­aian dan dekorasi kediaman adalah satu proses rumit dalam memastikan setiap pelan yang dirancang memenuhi cita rasa, keperluan dan kapasiti ruang sedia ada.

Mungkin ia mudah bagi mereka yang berpoket tebal untuk menyuaraka­n konsep tata hias idaman menerusi rundingan bersama pakar seni reka hiasan dalaman, namun berbeza situasi bagi pemilik kediaman yang mempunyai bajet terhad.

Menariknya, sentuhan dekorasi bajet ini selalunya lebih bersifat peribadi dan terselit sentimen demi merealisas­ikan idea yang diingini.

Pertemuan penulis dengan pasangan suami isteri, Mohd Nizar Mansor dan Wan Salfarini Wan Hamat, masing-masing berusia 34 tahun, di kediaman teres dua tingkat peribadi di pinggir ibu kota, baru-baru ini menyingkap inspirasi penataan pilihan.

Berlatar belakang kerjaya jurutera awam, memberi kelebihan kepada Wan Salfarini untuk merancang idea dekorasi dan susun atur perabot di kediamanny­a itu

Paduan 2 jenis sofa berbeza rekaan dan ton daripada skema sama wujudkan tarikan ilusi mata

sekali gus melengkapk­an konsep minimalis dan Scandinavi­a.

“Kami berpindah ke rumah ini sejak enam tahun lalu dan tidak pernah memikirkan apa-apa konsep hiasan dalaman kerana ketika itu, saya turut sibuk dengan pengajian peringkat sarjana.

“Perkara pertama yang kami lakukan sebaik berpindah ke sini adalah membina kabinet dapur. Saya mempunyai idea sendiri bagi dapur yang disifatkan ruang peribadi dalam memenuhi tanggungja­wab sebagai isteri dan ibu untuk menyediaka­n hidangan keluarga.

“Menggunaka­n ilmu dan pengalaman yang ada, saya membuat keputusan mereka bentuk kabinet dapur idaman bersesuaia­n dengan cita rasa serta ruang tersedia.

“Terlebih dulu, saya melakar beberapa jenis reka bentuk kabinet sebagai pilihan dan mengambil masa kira-kira dua hari untuk melakukann­ya.

“Saya turut menambah elemen meja bar di bahagian

 ??  ?? KOMBINASI warna neutral menaikkan seri ruang. BILIK tidur lebih
minimalis.
KOMBINASI warna neutral menaikkan seri ruang. BILIK tidur lebih minimalis.
 ??  ?? WAN Salfarini bersama suami, Mohd Nizar.
WAN Salfarini bersama suami, Mohd Nizar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia