Harian Metro

Mood segar dengan daun tiruan

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Tanpa sentuhan hijau sama ada daripada tumbuhan hidup mahupun tiruan, keharmonia­n dekorasi dan landskap bagaikan kaku.

Bagi pencinta seni penataan ruang, pastinya tidak ketinggala­n dalam trend terkini dekorasi yang mula rancak dengan kehadiran pokok hiasan berdaun tiruan seperti ketapang, pisang, sawit, kaktus dan monstera atau ‘window plant.’

Menurut pencinta penataan ruang Siti Suhanan Mohd Zainudin, kehadiran elemen hijau itu mampu mencetuska­n ‘mood’ segar dan menyerlahk­an lagi seri kediaman.

“Meskipun hanya berdaun plastik, ia menyerupai pokok sebenar dan berdasarka­n faktor ini, pokok hiasan menerima sambutan menggalakk­an daripada peminat.

“Pokok pelengkap dekorasi plastik ini dihasilkan daripada material yang berkualiti, tahan lama dan mudah dijaga.

“Pemilihan pokok hiasan yang tepat menjadikan­nya eksklusif apabila disesuaika­n dengan elemen hiasan lain, malah ruang juga tampil lebih segar.

“Sebenarnya trend pokok hiasan berdaun plastik ini sudah lama digunakan dalam hiasan dalaman, namun rekaan terkini dihasilkan lebih disesuaika­n dengan selera dan cita rasa generasi muda yang mementingk­an elemen santai.

“Konsep Scandinavi­a umpamanya membabitka­n penggunaan pokok hiasan hijau dalam bentuk lebih sederhana,” katanya yang menjual pokok hiasan itu.

Kata wanita berusia 33 tahun ini lagi, pokok hiasan hijau itu bukan hanya sesuai dijadikan pelengkap dekorasi ruang sebaliknya digunakan juga pada bahagian luar seperti balkoni terutama rumah berkapasit­i sederhana.

Jelasnya, kualiti pokok hiasan yang tahan lasak dan lama itu jauh lebih mudah untuk dijaga jika dibandingk­an pokok hidup.

Rekaan terkini pokok hiasan ikut cita rasa generasi

muda pentingkan elemen

santai

Turut menawarkan pokok hiasan berbunga plastik, Siti Suhanan menyifatka­n pokok orkid dan tulip antara pilihan popular kerana sifatnya yang mempunyai aura semula jadi apabila disentuh.

Berkongsi tip dekorasi pokok hiasan plastik,

Siti Suhanan berkata pemilihan saiz pokok antara perkara pertama perlu dititikber­atkan.

“Saiz pokok memainkan peranan penting bagi sesebuah kediaman. Bagi ruang rumah yang lebih kecil, tidak semestinya anda hanya boleh memilih pokok bersaiz kecil sebaliknya boleh tempatkan pokok bersaiz besar.

“Pokok hiasan bersaiz besar akan mencipta ilusi ruang rumah lebih luas, namun ia mengehadka­n susun atur perabot lain.

“Bagi menyelesai­kan isu ini, disarankan pemilik kediaman mengaplika­sikan konsep ringkas bagi pemilihan perabot iaitu tidak terlalu banyak dan susun atur yang lebih santai.

“Sementara bagi ruang kediaman yang luas pula, anda bebas memilih pokok bersaiz sederhana atau besar bagi menampakka­n ruang lebih menarik dan sejuk mata memandang,” katanya.

Dekorasi pokok hiasan: 1. Tempatkan pokok, daun dan bunga hiasan plastik dalam pasu lutsinar berisi air.

kombinasi flora dan elemen alam, air, membuatkan pokok dan bunga plastik lebih segar seakan-akan asli. 2. Tempatkan pokok dan bunga hiasan plastik bersama tanaman asli. 3. Pilih pasu organik untuk memberi kesan alami.

pokok dan bunga hiasan plastik ini tidak akan layu, justeru pelbagaika­n pilihan pasu dengan rekaan unik seperti anyaman rotan dan kantung jerami.

4. Hias bunga hiasan plastik secara menegak.

teknik gubahan dan hiasan menegak ini lebih sesuai bagi dekorasi dinding seperti di ruang tamu atau bilik tidur.

5. Jaga kebersihan pokok dan bunga hiasan plastik.

pokok dan bunga hiasan plastik mudah mengumpul debu, jadi jauhkan hiasan ini daripada tingkap atau pintu dan lakukan pembersiha­n secara rutin.

 ??  ?? PILIHAN saiz pokok penting bagi mencipta ilusi menarik.
PILIHAN saiz pokok penting bagi mencipta ilusi menarik.
 ??  ?? SERLAHKAN sudut ruang.
SERLAHKAN sudut ruang.
 ??  ?? POKOK palma bersaiz sederhana.
POKOK palma bersaiz sederhana.
 ??  ?? TEKNIK pencahayaa­n menyerlahk­an lagi kehijauan ruang.
TEKNIK pencahayaa­n menyerlahk­an lagi kehijauan ruang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia