Harian Metro

45 rekaan baju kurung bercorak

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Bagi penggemar baju kurung pastinya mempunyai pilihan sendiri sama ada menggayaka­n baju kurung polos atau bercorak untuk menghadiri acara. Namun keduatiada duanya masalah untuk disesuaika­n dengan selendang pilihan cuma perlu memilih rona sesuai berdasarka­n warna baju.

Tidak seperti jubah dan gaun labuh yang berubah mengikut peredaran masa, baju kurung sentiasa kekal dan diminati ramai cuma perlu mengikut warna, corak dan juga diberikan nafas baru menerusi potongan lebih singkat.

Bagi jenama By Fatin Suhana (BFS) jika sebelum ini padanan jubah dan gaun labuh diberikan perhatian disebabkan permintaan tinggi pelanggan tetapi pada tahun ini BFS mengetenga­hkan rekaan kurung bercorak yang didatangka­n dalam 45 rekaan.

Menurut pengasas jenama ini Che Wan

Fatin Suhana Che Wan Khalid, 29, dia terpanggil untuk memperkena­lkan rekaan kurung bercorak disebabkan ramai dalam kalangan pelanggan bertanyaka­n mengenai busana bercetak sama ada berbunga atau abstrak.

“Mengambil kira keinginan pelanggan lantas saya mencari material sesuai iaitu sifon, satin dan kapas berkualiti yang didatangka­n dalam pelbagai corak menawan,” katanya.

Selain kurung mini dipadankan kain berbentuk pensel, Fatin turut menghasilk­an rekaan peplum yang masih mendapat tempat dalam kalangan wanita berkerjaya. Istimewany­a setiap padanan dihasilkan agak labuh bagi menutupi bahagian pinggul dan mempunyai zip untuk memudahkan penyusuan bayi serta dipadankan dengan kain kembang payung.

Koleksi pentingkan kualiti, setiap

busana dipastikan patuh syariah

Bagi fabrik sifon pula dilapisi alas dalam bagi memudahkan pelanggan memakainya. Mereka tidak perlu bimbang kain jarang atau menampakka­n susuk tubuh.

“Sebagai pereka kami sangat mementingk­an kualiti dan sentiasa memastikan setiap busana patuh syariah. Setiap baju dihasilkan labuh, longgar dan mempunyai zip di bahagian lengan bagi memudahkan berwuduk,” katanya.

 ??  ?? BAJU kurung moden dengan rekaan lengan ala kelawar. BAJU kurung peplum disertakan zip untuk penyusuan dan mesra wuduk.
BAJU kurung moden dengan rekaan lengan ala kelawar. BAJU kurung peplum disertakan zip untuk penyusuan dan mesra wuduk.
 ??  ?? BAJU kurung polos yang masih mendapat perhatian.
BAJU kurung polos yang masih mendapat perhatian.
 ??  ?? CORAK abstrak sentiasa menjadi pilihan.
CORAK abstrak sentiasa menjadi pilihan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia