Harian Metro

Kekal gaya ringkas mempelai

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Warna pastel masih kekal sebagai rona pilihan busana persanding­an

Sederhana namun tampil elegan menerusi potongan dan perincian digunakan menjadi tanda pengenalan bagi jenama Dwen Raha yang cukup dikenali dengan busana perkahwina­n.

Melihat setiap helaian busana digayakan penyanyi Ezlynn ini ia cukup sempurna bermula daripada pemilihan fabrik hinggalah kepada rekaan yang kekal menyerlah.

Menurut pengasasny­a Mohd Redzuan Abdul Rahim, 32, mengambil kira keinginan wanita yang ingin tampil anggun pada hari bahagia, lantas dia menghasilk­an rekaan gaun bermotifka­n bungabunga­an manis dan bercahaya menggunaka­n helaian fabrik sifon dan renda.

Menariknya, setiap padanan berkonsepk­an polos tanpa jahitan manik atau batu permata sarat sebaliknya diperindah­kan dengan teknik lipatan seperti reben termasuk jahitan bunga tiga dimensi menampakka­n keindahan tersendiri.

Namun keistimewa­an ini hanya diletakkan pada bahagian tertentu misalnya pada hujung, dada atau bawah baju bagi mengekalka­n gaya ringkas mempelai.

“Oleh kerana kebanyakan pengantin dalam usia 20an ke atas jadi saya banyak mengikut cita rasa mereka kemudian disesuaika­n dengan trend semasa. Ramai yang terbuka untuk menggayaka­n gaun ringkas sama ada bertudung atau tidak bertudung bagi menampakka­n keindahan semula jadi mereka,” katanya.

Memperkena­lkan potongan mengikut bentuk tubuh dan gaya ikan duyung jelas Redzuan, ia sesuai untuk pengantin tinggi lampai. Namun ini bukan bermakna pengantin bertubuh ‘comel’ tidak boleh menggayaka­nnya. Menerusi penggunaan material dan potongan, golongan ini masih kelihatan anggun dan menawan pada hari bahagia mereka.

“Banyak rekaan boleh dipakai mempelai comel asalkan mampu melindungi kekurangan tubuh. Misalnya baju yang tidak terlalu kembang atau terlalu sarat yang boleh menampakka­n badan mereka lebih berisi.

“Sebaliknya saya sering mencadangk­an mempelai memilih konsep baju kurung atau jenis dua helaian yang mampu menampakka­n tubuh lebih tinggi,” jelasnya.

Selain itu warna kulit dan ketinggian turut dinilai agar pemilihan busana lebih tepat dan berkesan. Walaupun biasanya pengantin ingin kekal dengan kemahuan mereka, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian termasuk potongan baju mengikut ketinggian, bentuk tubuh, warna kulit dan personalit­i.

“Sebab itu pentingnya rundingan bersama sebelum busana dihasilkan. Apa yang diinginkan adalah kesempurna­an raja sehari agar kena gaya manakala tetamu turut terpesona bukan saja pada kejelitaan tetapi padanan busana digayakan,” katanya.

Pada masa sama Redzuan mengakui warna pastel masih kekal sebagai rona pilihan untuk busana persanding­an. Putih, hitam, krim, kelabu dan coklat cair antara yang sentiasa diinginkan. Selain tampak mewah rona sebegini sesuai untuk apa saja tema pelamin.

Turut mengetenga­hkan gaun berbentuk bola sebagai daya penarik, pereka yang lebih dikenali sebagai Dwen ini menjelaska­n tidak semua wanita mampu menggayaka­nnya. Pelbagai faktor perlu diambil kira seperti bentuk tubuh, ketinggian dan warna kulit.

“Saya selalu menasihatk­an agar pengantin tahu jenis busana sesuai dengan tubuh mereka. Gaun berbentuk bola misalnya hanya sesuai untuk mempelai tinggi lampai. Namun jika gadis bertubuh rendah mahu mencuba sebaikbaik­nya kurangkan sedikit kelebaran pada bahagian kainnya agar mereka masih boleh bergaya pada hari bahagia,” katanya.

 ??  ?? ANGGUN digayakan pada
hari bahagia.
ANGGUN digayakan pada hari bahagia.
 ??  ?? BUSANA berpotonga­n duyung dengan diletakkan layah pada baju menampilka­n keunikan tersendiri. MERAH terang sesuai untuk pengantin berani. RINGKAS namun diserikan dengan perincian pada bahagian bahu untuk gaya elegan.
BUSANA berpotonga­n duyung dengan diletakkan layah pada baju menampilka­n keunikan tersendiri. MERAH terang sesuai untuk pengantin berani. RINGKAS namun diserikan dengan perincian pada bahagian bahu untuk gaya elegan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia