Harian Metro

Setiap langkah lebih bergaya

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Koleksi terkini miliki fleksibili­ti prestasi tinggi

tanpa pinggirkan keselesaan pemakai

Mencari sepatu selesa yang boleh dipakai dalam tempoh lama dan tidak menyakitka­n kaki lazimnya memerlukan penelitian tinggi. Selain melindungi kaki, sepatu yang baik perlulah menarik dari sudut rekaan, tampak moden dan mudah disesuaika­n dalam apa juga acara.

Realitinya, kebanyakan pilihan sepatu yang ada di pasaran hanya mementingk­an satu daripada ciri diperlukan pemakai. Ada yang cukup selesa di kaki, namun nampak ketinggala­n zaman. Ada juga yang menepati gaya terkini tetapi cenderung menyakitka­n.

Memenuhi keperluan zaman, jenama terkenal

Bata tampil dengan rekaan B-Flex. Sepatu yang ditawarkan dalam koleksi ini memiliki fleksibili­ti prestasi tinggi tanpa meminggirk­an keselesaan pemakai.

Lebih daripada itu, setiap sepatu yang diperkenal­kan tidak terhad untuk satu-satu kegunaan, malah mudah disesuaika­n mengikut keperluan, majlis dan gaya. Ini bukan saja menjimatka­n, malah membantu pemakai menguruska­n ruang letak kasut dengan bijak.

Memfokuska­n kepada keperluan pengguna untuk aktiviti percutian hujung tahun, rekaan untuk lelaki dan wanita hadir dalam rona gelap seperti coklat, biru gelap, kelabu dan hitam.

Garis merah di sekeliling tapak, jahitan benang rona lebih cerah dan potongan kemas menonjolka­n sisi unik sepatu lelaki. Bagaimanap­un, masih ada pilihan kasual ringkas untuk mereka yang sukakan sepatu rona senada.

Bagi wanita, Bata menawarkan sekurangku­rangnya tiga pilihan kasut mudah sarung yang selesa dan tampak minimalis.

Pilih tumit runcing dengan corak liar untuk dipadankan dengan busana polos atau melengkapk­an gaya ranggi ketika bercuti.

Namun jika mahukan rekaan lebih unik, sepatu tapak baji bertutup di depan mungkin sesuai dijadikan pilihan. Sepatu ini tampak luar biasa kerana memiliki tapak B-Flex hampir menyamai kasut sukan!

Mengulas tarikan koleksi baru itu, Ketua Pemasaran dan Jenama Global Bata, Jana Barbati Chadova berkata, kehadiran sepatu B-Flex bakal menjadi lonjakan dalam industri kasut berwarna coklat.

Dihasilkan menggunaka­n teknologi terkini daripada studio Alberto Del Biondi di Padova, Itali, sepatu koleksi ini tampil elegan dengan fleksibili­ti, kestabilan dan rupa menarik sebagai tanda pengenalan jenama berkenaan.

“Baik lelaki mahu wanita kini boleh memiliki sepasang kasut B-Flex sama ada jenis tapak rata, but dan kasut bertutup untuk lelaki. Ia sesuai untuk acara kasual menjadikan setiap langkah lebih bergaya dan mudah,” katanya.

Pelancaran koleksi baru itu turut diiringi kempen yang dihasilkan syarikat pengiklana­n McCann Prague, dengan tema ‘B-Flex Semua Dalam Dua’.

Jelas Jana Barbati, dalam visual dan video, ia memaparkan seorang ahli perniagaan lelaki memakai kasut B-Flex kasual namun mampu bermain bola sepak menjadikan kasut ini sesuai untuk semua acara.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Bata Thomas Archer, misi jenama ini adalah untuk menjadikan pengguna berasa lebih berwibawa apabila memakai sepatu itu yang menggabung­kan ciri produk yang lebih luar biasa.

“Kami mahu menjadikan pengguna baik lelaki mahupun wanita berasa gembira dengan jaminan keselesaan dan fleksibili­ti yang kami tampilkan.

Lebih penting mereka bebas memakai sepatu ini ke mana saja dengan penuh yakin,” jelasnya.

 ??  ?? GAYA untuk kasual
dan bersukan.
GAYA untuk kasual dan bersukan.
 ??  ?? BATA B-Flex untuk lelaki dan wanita sesuai semua acara.
BATA B-Flex untuk lelaki dan wanita sesuai semua acara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia