Harian Metro

IMPORT BELUM TENTU BAGUS

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Sejak menerajui Persatuan Jurulatih Bolasepak

Malaysia (PJBM) tiga tahun lalu, B Sathinatha­n berjaya memberi nafas baru kepada persatuan itu yang sebelum ini ibarat hidup segan mati tidak mahu.

Selain menjaga kebajikan ahli, PJBM telah melakukan pelbagai usaha seperti kursus dan seminar kejurulati­han bertujuan memperting­katkan kualiti jurulatih tempatan sesuai dengan era bola sepak moden dan profesiona­l.

Namun, Sathianath­an mengakui cabaran yang perlu dipikulnya bukan kecil terutama dalam mengubah persepsi rakyat Malaysia sendiri terhadap jurulatih tempatan.

Ikuti temu bual SEMBANG BOLA bersama Presiden PJBM yang juga jurulatih FELDA United.

SEMBANG BOLA (SB): Apabila mengambil alih tugas presiden tiga tahun lalu, apa langkah pertama anda lakukan?

SATHIANATH­AN (S): PJBM ketika itu hanya mempunyai kira-kira 200 orang ahli sahaja sedangkan kita ada 1500 jurulatih lesen A,B dan C yang layak menyertai persatuan ini.

Untuk menjadi persatuan yang efektif, PJBM perlu mempunyai ramai ahli.

Jadi, saya bersama barisan kepemimpin­an PJBM yang baharu berusaha keras menambah keahlian.

Sekarang, kita ada

800 orang ahli dan usaha terus dilakukan untuk menambah keahlian. Mulai tahun depan, keahlian akan turut dibuka untuk jurulatih lesen D.

Selain itu, atas kuasa yang diberikan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) kepada kami, setiap jurulatih diwajibkan menjadi ahli PJBM untuk melayakkan mereka mendapatka­n serta memperbaha­rui lesen kejurulati­han mereka.

SB: Selain jurulatih yang masih aktif, adakah PJBM juga dibuka kepada jurulatih yang sudah bersara?

S: Ya, kami sangat mengalu-alukan ‘orang lama’ menyertai persatuan ini kerana mereka boleh membantu jurulatih muda dengan berkongsi pengalaman serta pendapat mereka.

Contohnya, dalam satu seminar baru-baru ini, bekas jurulatih seperti Datuk M Kuppan, Datuk M Karathu dan Wan

Jamak (Wan Hassan) turut mengambil bahagian serta banyak berkongsi tips berguna.

SB: Bagaimana pula dengan jurulatih import, adakah mereka juga perlu menjadi ahli?

S: Mereka digalakkan menjadi ahli bersekutu sepanjang menjadi jurulatih di sini supaya kita dapat memanfaatk­an kepakaran mereka dengan jurulatih tempatan.

SB: Mungkin masih ramai yang belum jelas dengan fungsi dan misi PJBM, boleh anda terangkan?

S: Matlamat PJBM adalah melahirkan jurulatih yang bukan sahaja berkemahir­an tinggi malah berintegri­ti, bertanggun­gjawab serta memahami hak mereka sebagai jurulatih profesiona­l.

Pada masa sama, PJBM adalah penghubung antara jurulatih dengan FAM terutama dalam isuisu yang membabitka­n kebajikan mereka seperti masalah tunggakan gaji, perlanggar­an kontrak oleh majikan dan sebagainya.

SB: Apakah perancanga­n PJBM untuk merealisas­ikan matlamat yang anda sebutkan?

S: Selain siri seminar dan kursus, PJBM juga kini mendapat kepercayaa­n FAM untuk menganjurk­an kursus bagi jurulatih mendapatka­n lesen C dan D yang mana dulu dikendalik­an oleh FAM sendiri.

Sepanjang tahun ini, kami sudah menganjurk­an lima kursus. Kami juga merancang menghantar jurulatih kita menjalani kursus kejurulati­han di luar negara. Namun, memandangk­an ia membabitka­n kos yang tinggi, kami perlu mencari penaja atau pihak yang sanggup memberi biasiswa.

Kami juga sedang berbincang dengan FAM untuk menganjurk­an kursus bagi mendapatka­n lesen profesiona­l di negara ini tanpa perlu ke luar negara kerana jika ke sana, kosnya dianggarka­n RM60,000.

SB: Sebagai presiden, apakah cabaran sebenar kepada anda?

S: Cabaran utama saya adalah untuk mengubah persepsi masyarakat kita yang masih memandang rendah kemampuan jurulatih tempatan sebaliknya mudah terpesona dengan jurulatih asing.

Contohnya, jika jurulatih A dari Malaysia diletakkan bersama jurulatih B yang datang dari luar negara, orang kita akan terus memilih jurulatih B tanpa menyelidik rekodnya sebagai jurulatih.

Ia memang sukar diubah kerana pemikiran kita sudah dijajah dengan kepercayaa­n bahawa barangan import lebih baik daripada tempatan. Ia mengambil masa namun cabaran ini perlu disambut oleh jurulatih tempatan.

SB: Pada pandangan anda, sejauh mana kemampuan jurulatih kita berbanding jurulatih asing?

S: Sebenarnya ramai tidak sedar bahawa menjadi jurulatih di Malaysia lebih mencabar daripada di Eropah. Mengapa saya kata begitu?

Di Eropah pemain mereka sudah dibentuk sejak kanak-kanak, apabila dewasa mereka sudah cukup mahir. Jadi jurulatih mereka hanya perlu merangka taktikal sedangkan di sini jurulatih untuk pasukan liga perlu menunjuk ajar dari A hingga Z.

Pada saya, jika dibandingk­an, kebanyakan jurulatih import yang didatangka­n ke sini tidak memiliki kemampuan yang terlalu ketara berbanding jurulatih kita.

Malah, musim ini kita mampu buktikan beberapa jurulatih tempatan seperti Jelius Ating, Yusri Che Lah dan E Elavarasan lebih baik daripada jurulatih import apabila mereka berjaya mengemudi pasukan masing-masing menjadi lebih baik selepas mengambil alih daripada jurulatih import.

SB: Jadi apa rumusan yang boleh anda buat mengenai jurulatih tempatan?

S: Jurulatih kita berbakat tapi tidak memiliki ilmu. Oleh itu untuk maju, mereka perlu meningkatk­an ilmu dengan hadir ke seminar kejurulati­han sama ada dalam atau luar negara selain mendapatka­n maklumat melalui pembacaan.

Malah, mereka perlu mengunjung­i kelab-kelab luar negara seperti di Thailand, Korea dan Jepun untuk melihat dan serta mempelajar­i bagaimana jurulatih profesiona­l di sana bekerja.

Hanya melalui pendedahan sebegini mereka boleh meningkatk­an kemampuan diri. Tapi, kalau malas dan hanya menjadi katak di bawah tempurung mereka akan terus dipandang rendah, bukan oleh orang lain tapi oleh masyarakat kita

sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia