Harian Metro

Monique tubuh, akal sama tinggi

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Ketika Fred sedang bertungkus-lumus di atas padang untuk memastikan pasukannya, Manchester United memperoleh kemenangan, tunangnya pula, Monique Salum memerah otak untuk menyelesai­kan tugasan yang diberikan oleh majikannya di Pusat Pembanguna­n Teknologi Nuklear.

Memang dua tugasan berkenaan bagaikan langit dengan bumi, namun apabila cinta menjadi perkara utama ia bukan lagi satu penghalang buat kedua-dua pasangan ini untuk meneruskan karier serta minat masing-masing.

Monique bukan saja memiliki kelebihan dari segi kebijaksan­aanya, malah gadis yang mempunyai paras rupa menawan ini juga mempunyai ketinggian persis seorang model.

Dia yang belajar di Universiti Centre of Belo Horizonte dalam bidang kejurutera­an kimia, memiliki ketinggian lebih dari lima kaki tujuh inci.

Paling menarik setiap gambar yang diambil dan dimuat naik dalam media sosial, sentiasa memperliha­tkan dia lebih tinggi berbanding Fred.

Ia seperti secocok dengan apa yang dimiliki Monique tinggi tetapi dalam masa sama mempunyai kepintaran tinggi bukan seperti sesetengah isteri dan teman wanita pemain bola sepak lain.

Hubungan percintaan antara Fred dan Monique mula dihidu oleh peminat ketika mereka keluar bersama-sama di tempat awam pada Januari 2016.

Ketika itu, Fred yang juga pemain kelahiran Brazil beraksi bersama Shakhtar Donetsk di Ukraine sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke England musim ini.

Selepas setahun menjalinka­n hubungan, pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunanga­n dan mengumumka­nnya melalui laman sosial, Facebook Februari tahun lalu.

Sehingga hari ini, Monique sentiasa berada di sisi Fred walaupun mereka terpaksa menjalani kehidupan baru di utara England, tambahan pula mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

“Saya sangat gembira dapat menjaringk­an gol pertama buat United namun kecewa kerana kami hanya mencatat keputusan seri. Saya rasa semua orang juga merasai perkara sama,” katanya selepas menentang Wolverhamp­ton Wanderers.

Baru-baru ini Fred dan Monique mendedahka­n kepada umum bahawa mereka bakal menimang cahaya mata dan cara meraikan jaringan juga berkaitan dengan perkara berkenaan.

Selepas meledak jaringan pada minit ke-18, Fred terus mengambil bola berkenaan dan memasukkan­nya ke dalam baju sambil menghisap ibu jari tangan.

“Jaringan berkenaan saya tujukan khas buat Monique Salum dan Benjamin (nama anaknya),” kata Fred yang sekarang ini berusia 25 tahun.

 ??  ?? FRED sangat bertuah memiliki tunang sehebat Monique.
FRED sangat bertuah memiliki tunang sehebat Monique.
 ??  ?? MONIQUE bukan saja cantik tetapi pintar.
MONIQUE bukan saja cantik tetapi pintar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia