Harian Metro

SIKAP GAH SEBELUM BERJAYA

-

paling hodoh di sebalik isu kegagalan program NFDP/ AMD.

Individu kelahiran Melaka berusia 55 tahun itu barang kali sudah pulang ke negara angkatnya

Jerman. Entah bila, entah sudi atau tidak Teong Kim pulang semula ke tanah air mengambil peranan dalam pembanguna­n bola sepak negara.

Ternyata, bekas pemain Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Negeri Sembilan itu dilanda pengalaman cukup pahit. Catatan kariernya nyata berbeza daripada nama-nama besar bola sepak negara dari zaman Allahyarha­m Datuk Mokhtar Dahari hingga sekarang.

Tidak dinafikan Teong Kim gagal menepati KPI yang diletakkan, namun isu dan kontrovers­i yang timbul selepas itu amat tidak adil buat seorang warga Malaysia dan warga bola yang penuh jati diri untuk membantu mengembali­kan maruah bola sepak negaranya sendiri.

Gaji mahal yang diterimany­a, itu bukan soal pihak Teong Kim semata-mata. Itu kena tanya Kementeria­n Belia dan Sukan (yang dulu?) kerana sanggup membayarny­a, mungkin dianggap setimpal dengan kredibilit­i Teong Kim yang pernah mengendali­kan skuad remaja Bayern Munich.

Selepas mengimbas segala-galanya, saya tetap berpendapa­t ‘kegagalan’ Teong Kim sebagai

Pengarah NFDP tidak menjadikan­nya insan paling buruk dalam bola sepak Malaysia ketika ini, seperti yang digambarka­n dalam kontrovers­i program berkenaan.

Saya masih ingat dalam perjalanan keretapi dari Marne-la-Valle ke kota Paris pada tahun

1998, betapa Teong Kim begitu bersemanga­t dan berwawasan sekali meluahkan impiannya untuk menyumbang kepada pembanguna­n bola sepak negara.

Malah cukup emosi beliau dalam perbincang­an kami sepanjang hampir tiga jam perjalanan itu. Saya percaya Teong Kim akan tetap bersikap profesiona­l. Beliau mungkin sedar sekarang tidak semua disiplin dan budaya bola sepak Jerman itu boleh diaplikasi dengan baik dalam lanskap bola sepak Malaysia. Malang sekali.

Di samping fungsi Teong Kim yang dianggap gagal, bagaimana pula peranan semua pihak berkuasa sukan dan bola sepak negara kita? Tidakkah kita merasakan pihak seperti Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), Kementeria­n Pelajaran Malaysia (KPM) atau Majlis Sukan Negara (MSN) juga gagal?

Dalam hal pembinaan AMD di Gambang yang kini dicanangka­n pelbagai kelemahann­ya, KBS, MSN dan mungkin

KPM antaranya, perlu dipertangg­ungjawabka­n sendiri. Siapa lagi kalau bukan mereka?

NFDP adalah program naungan mereka dan AMD seharusnya menjadi tapak utama pembanguna­n bola sepak negara.

Memang itulah yang digembar-gemburkan pada awalnya. Amat lucu sekali apabila semua pihak seolaholah bingung mengenai masalah pembinaan, penyelengg­araan dan pengurusan AMD.

Tercari-cari pihak lain pula untuk dipersalah­kan.

Baik dalam skop bola sepak dan projek sukan lain di negara ini, kebanyakan masalahnya berpunca daripada sikap mahu gah sebelum berjaya, lintang pukang bila indah khabar dari rupa.

Begitulah lemahnya sistem besar kita mengendali­kan projek AMD yang dianggar bernilai RM85 juta ringgit itu.

Apabila menteri baru tegur sini sana, akhirnya kontraktor binaan yang jadi mangsa. Ini bukan kali pertama. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia