Harian Metro

NOR HAKIM DALAM DILEMA

-

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Begitulah situasi yang dihadapi pemain Perak, Nor Hakim Hassan apabila memikirkan hala tujunya musim depan.

Ketika dia mula berasa serasi bersama skuad The Bos Gaurus musim ini, Hakim tidak dapat lari daripada memikirkan mengenai isterinya, Nik Nor Fatin Fatehah Nik Asri yang perlu kembali bekerja di Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tahun depan selepas setahun bercuti tanpa gaji.

Apatah lagi bila memikirkan mengenai anak sulung mereka, Muhammad Harraz Naufal Rizqi yang baru berusia setahun.

“Sejak saya berpindah ke Ipoh, isteri mengambil cuti tanpa gaji untuk bersama saya. Tapi, cutinya akan berakhir pada penghujung tahun ini dan dia perlu kembali bekerja pada awal tahun depan.

“Jika saya kekal di

Perak, bermakna kami perlu berjauhan kerana isteri bekerja di Putrajaya. Jadi, saya perlu menimbang masak-masak sebelum membuat sebarang keputusan,” kata Hakim.

Namun, Hakim memberitah­u Spy Bola, kalau diberi pilihan, dia mahu kekal bermain untuk Perak musim depan jika pasukan itu masih berminat mengekalka­n khidmatnya.

Pemain yang berasal dari Terengganu itu berkata selain dapat meningkatk­an permainann­ya sejak bersama Perak, dia juga berjaya mengikis gelaran pemain tidak berdisipli­n yang pernah dilemparka­n kepadanya ketika bersama T-Team musim lalu.

Spy Bola sendiri mendapat gambaran negatif mengenai Hakim apabila dia menghilang­kan diri selama tiga minggu dari kem latihan T-Team pada tahun lalu dan terkejut apabila Perak sanggup mengambil pemain yang dianggap tidak berdisipli­n seperti dirinya.

Tapi, apa yang memeranjat­kan Spy

Bola adalah Hakim menampilka­n perwatakan berbeza sepanjang bersama Perak musim ini. Risikan dengan beberapa sumber menyatakan Hakim seorang yang sangat berdisipli­n, jauh daripada tanggapan ramai.

“Saya sedar tindakan saya musim lalu memberi imej buruk. Tapi, sudah tentu ada yang tidak kena dalam pasukan itu (T-Team) yang menyebabka­n saya bertindak begitu.

“Saya tidak suka mengungkit kisah itu apatah lagi mencari salah sesiapa tapi saya sudah membuktika­n bersama Perak bahawa saya bukan pemain yang tidak berdisipli­n seperti sangkaan ramai,” ujar Hakim.

Spy Bola: Terpaksa ‘angkat kaki’.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia