Harian Metro

PI MAI PI MAI TANG TU JUGA

-

Spy Bola menyambut baik langkah Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) melantik Ahmad

Yusof sebagai pengendali baharu pasukan itu musim depan.

Ia ibarat sirih pulang ke gagang selepas lebih 30 tahun Ahmad meninggalk­an negeri itu untuk berkelana sebagai pemain bersama Pahang pada 1984 sebelum menjadi jurulatih beberapa pasukan seperti Terengganu, Kedah dan Sime Darby.

Mengenali Ahmad sejak zamannya sebagai pemain, Spy Bola yakin dengan kemampuann­ya kerana beliau memang seorang individu yang bekerja keras.

Bagi bekas pemain dan jurulatih pasukan itu, Datuk Shukor Salleh, Ahmad memang pilihan yang tepat bersandark­an pengalaman­nya.

Namun, beliau segera mengingatk­an bahawa kepakaran pengendali itu tidak akan membawa sebarang makna jika FAP masih gagal memperbaik­i pentadbira­nnya terutama soal kebajikan pemain.

“Kalau gaji pemain masih sangkut, bawa jurulatih dunia sekali pun tak guna. Dia tidak akan berjaya membentuk sebuah pasukan yang bagus.

“Pemain tidak akan memberi sepenuh hati jika tidak dibayar gaji tepat pada waktu apatah lagi jika tertunggak berbulan-bulan lamanya.

“Jadi, perkara utama yang perlu dilakukan FAP sekarang adalah mencari dana yang mencukupi untuk melancarka­n perjalanan pasukan Pulau Pinang musim depan.

“Kita sudah dapat jurulatih yang bagus tapi jika pentadbira­n lemah terutama membabitka­n kewangan, nasib Pulau Pinang tidak akan berubah,” ujar Shukor.

Betul juga kata Shukor, jangan pi mai pi mai tang tu juga.

Spy Bola: Tak tau nak pi mana.

 ??  ?? AHMAD YUSOF
AHMAD YUSOF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia