Harian Metro

Lagu Jaafar Ahmad dalam VCD

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Saphia ambil inisiatif beri nafas baru terhadap lagu arwah abang

Peminat irama 60-an tentunya kenal dengan penyanyi Jaafar Ahmad yang pernah mencipta nama bersama kumpulan The Wisma.

Walaupun sudah meninggal dunia sejak 25 tahun lalu, lagunya masih dimainkan di stesen radio Klasik FM.

Sebagai meneruskan kesinambun­gan lagu popular Jaafar, adiknya Saphia Ahmad, 67, terpanggil merakamkan kembali lagu popular arwah abangnya dalam bentuk video cakera padat (VCD).

“Awalnya saya buat album ini untuk sukasuka tapi akhirnya jadi usaha yang serius. Dulu saya bekerja dalam bidang telekomuni­kasi dan perkapalan di Singapura.

“Sekarang saya sudah bersara dan dapat memberikan tumpuan terhadap bidang nyanyian,” katanya.

Antara lagu popular

The Wisma yang diberi nafas baru dalam album Saphia ialah Terkulai Derita, Rintihan Kasih dan Selamat Pengantin Baru (duet Jaafar Ahmad bersama J Kamisah).

Saphia yang aktif menyanyi sejak berusia 14 tahun pernah menyanyi untuk beberapa kumpulan di Singapura antaranya Sweet Charity, Cousin Brothers dan Javis 5.

Selain tiga lagu irama 60-an, Saphia turut menampilka­n lagu baru iaitu Tangis Bulan Beradu berirama cha cha dan Jelingan Manja yang berirama dangdut.

Album berkenaan turut mendapat sentuhan komposer terkenal S Atan.

“Antara pengalaman manis ialah menyanyi bawah kolong untuk majlis perkahwina­n. Waktu itu saya hanya diberi bayaran RM20 hingga RM30 tapi nilainya besar waktu itu dan dapatlah saya membeli barang keperluan persekolah­an,” katanya yang turut rapat dengan penyanyi legenda Datuk Ramli Sarip.

Selepas tamat persekolah­an, Saphia meneruskan minat dalam nyanyian dengan menyanyi untuk program TV Singapura pula.

Dia juga pernah menjadi artis residen untuk beberapa kelab di Singapura dan Johor Bahru pada 1970-an antaranya Dato Rajah di Singapura dan Hotel Orchid di Johor Bahru.

“Seronok memang seronok, tapi akhirnya saya terpaksa melupakan nyanyian kerana kekangan kerja.

Lagipun, keluarga juga menghalang.

“Selain itu, saya pernah merangkul gelaran ratu cantik serta pernah mendapat bimbingan kursus peragaan di Joan Booty School, Singapura.

“Saya amat berharap orang menyukai album ini. Tujuannya ialah memperkena­lkan lagu abang saya dan sekiranya dapat jualan bagus ia dikira bonus,” katanya mengenai album yang dijual dengan harga RM30 ini.

 ??  ??
 ?? FOTO ?? SAPHIA bersama S Atan (kanan) dan Siso.
FOTO SAPHIA bersama S Atan (kanan) dan Siso.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia