Harian Metro

Jangan ambil mudah

-

Bukan saja makanan dijual bersih tapi kebersihan pengendali

kedai makan juga perlu diambil kira

MILA JIRIN (PENYANYI)

“Kes keracunan laksa itu perlu dipandang serius kerana ia membabitka­n pihak yang terlepas pandang aspek penting dalam pengendali­an makanan.

Sebagai pengusaha restoran dan pemilik syarikat katering yang memang terbabit dalam penyediaan makanan berskala besar, kes keracunan makanan adalah isu yang perlu diambil berat dan kami mengunakan prosedur operasi standard (SOP) yang betul di dapur setiap masa dalam penyediaan makanan.

Saya merujuk ketua cef saya iaitu Cef Rhap Selamat cara mengelakka­n keracunan makanan.

Kami menjaga SOP sebaik-baiknya dan kualiti makanan yang dihasilkan dari segi kuantiti dan penggunaan bahan mentah. Penggunaan bahan mentah segar dan berkualiti memainkan peranan penting dalam penghasila­n produk berkualiti dan dapat mengelak masalah keracunan makanan.

Selain itu, pengusaha makanan perlu jujur dari segi penyediaan makanan dengan tidak sesekali mengguna pakai makanan yang sudah dimasak dan mencampurk­annya kepada penyediaan makanan untuk hari berikutnya, makanan yang diguna semula itu amat berbahaya untuk dijual kepada pelanggan.

Sebagai pengusaha makanan, mereka perlu jujur dan jangan mengambil langkah mudah serta hanya mementingk­an keuntungan tanpa memikirkan keselamata­n pelanggan yang bakal menikmati makanan diproses.

Pengusaha makanan perlu mengambil berat mengenai aspek kebersihan kerana ia sangat penting. Kakitangan restoran juga perlu mendapat suntikan typhoid dan mendapatka­n kursus pengendali­an makanan yang betul. Sebagai majikan, pemantauan pekerja setiap masa adalah perlu bagi memastikan mereka mengikuti SOP pengendali­an makanan yang betul setiap masa.

Pelanggan juga perlu bijak dalam membuat keputusan di mana mereka ingin makan. Pemilihan permis atau gerai yang bersih sangat penting dan dapat mengelakka­n daripada masalah keracunan makanan.”

DATUK FAZLEY YAAKOB (PENYANYI, PELAKON, PENGACARA DAN CEF)

“Saya melihat kes keracunan laksa ini membimbang­kan kerana ada peningkata­n dari segi kes yang dilaporkan Kementeria­n Kesihatan.

Jika ada kes keracunan makanan berlaku, pengusaha makanan perlu membersihk­an premis serta-merta dan menghantar sampel makanan kepada kementeria­n untuk dikaji dengan segera.

Sebagai pengusaha makanan, saya juga sangat menitikber­atkan aspek kebersihan dan penyediaan makanan serta kesihatan kepada pelanggan.

Pengamal restoran seperti tukang masak dan kakitangan yang mencuci pinggan mangkuk juga perlu menjaga kebersihan di bahagian dapur.

Contohnya, papan pemotong tidak boleh digunakan untuk memotong daging dan sayur pada waktu sama. Pelanggan juga perlu sedar laksa juga berasaskan ikan, beras dan mudah basi serta perlu di makan dalam tempoh empat jam. Mereka juga dinasihatk­an tidak mencampurk­an laksa dan kuahnya serta telur, sayur sayuran dalam bekas yang sama untuk mengelakka­nnya cepat basi.

Orang ramai juga perlu membuat tinjauan aspek kebersihan di bahagian dapur restoran atau premis yang mahu dikunjungi terlebih dulu sebelum memutuskan untuk makan di situ.

Pelanggan juga perlu bijak menilai restoran bukan kerana populariti­nya sebaliknya aspek kebersihan iaitu dapur dan tandas perlu dititikber­atkan.

Mereka juga perlu tahu cara menyimpan makanan yang betul termasuk dalam peti sejuk selepas dibeli di restoran untuk memastikan ia tidak basi. “

FIZO OMAR (PELAKON)

“Sebagai selebriti yang mengusahak­an perniagaan makanan, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Bagi saya, kes keracunan laksa di gerai terbabit mungkin berpunca dari aspek kebersihan dan kecuaian pekerja yang tidak mengikut SOP ditetapkan.

Pengusaha restoran juga perlu lebih berhatihat­i untuk menyediaka­n makanan dan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Mereka juga perlu memastikan makanan yang dijual kepada pelanggan yang datang menikmati sajian di premis bukan saja sedap tetapi bersih dan halal.

Antara langkah yang perlu diambil pengusaha restoran untuk memastikan kes keracunan tidak berlaku ialah dengan mengetatka­n aspek pengendali­an makanan, kebersihan serta sumber bekalan yang diperoleh.

Pemilik restoran perlu memastikan premis mereka tidak boleh terdedah di bahagian belakang dan makanan di dapur juga perlu ditutup dengan rapi untuk mencegah keracunan makanan

Sebenarnya, tidak adil jika orang ramai menganggap makan di luar tidak selamat sebaliknya, mereka perlu memilih restoran yang bersih untuk membawa ahli keluarga makan di situ. Begitu juga pengusaah warung, mereka juga perlu memastikan premis mereka bersih dan terjaga rapi untuk mengelakka­n kejadian tidak diingini seperti kes keracunan laksa terbabit.”

 ??  ?? FAZLEY
FAZLEY
 ??  ?? MILA
MILA
 ??  ?? FIZO
FIZO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia