Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3 12.02 tengah hari Cerekapili­han: Buku Cinta Abah TV9 10.30 malam Kifarah: Mistik TV1 3.05 petang Panggung 1: Di Sisi

Penceritaa­n bermula dengan Amar yang tidak bekerja sering disindir dan dimarahi ibu mentuanya, Zainab. Zainab tidak menyukai Amar kerana mahu Atira berkahwin dengan calon pilihan mereka iaitu Zambri, tetapi Atira tetap berkahwin dengan Amar atas dasar cinta.

Bagaimanap­un, tekanan yang dihadapi membuatkan mereka sering bertengkar.

Atira serba salah dalam menjaga hati suami dan ibunya sendiri. Nak menangkan suami atau ikut cakap ibu. Atira sering beralah dan mendiamkan diri walaupun hatinya terkesan dengan tindakan Amar atau katakata ibunya sendiri.

Zambri pula masih tergilagil­akan Atira. Dia juga sudah tiga kali berkahwin dan semuanya berakhir dengan perceraian.

Dia juga selalu berada di rumah Zainab untuk melihat Atira.

PELAKON: Faizal Hussein, Arash Mohamed, Vanida Imran dan Aeril Zafrel Yatim akhirnya bersetuju mewarisi saka peliharaan arwah bapanya kerana tidak mahu orang kampung melihat seksaan jenazah bapanya diganggu saka.

Yatim tinggal di rumah pusaka itu seorang diri. Dia selesa tinggal di situ kerana kedudukan rumah yang agak jauh daripada penduduk lain.

Nordin pula bekas tentera yang dipilih menjadi ketua kampung. Dia tinggal bersama seorang anak perempuann­ya, Mariati.

Mariati bekerja sebagai guru sambilan di sebuah sekolah rendah. Dia sering mendengar orang kampung bercerita mengenai saka belaan Yatim

PELAKON: Siti Elizad, Balkish Semundur Khan, Syed Aiman, Aqasha dan Risteena Munim Udin menjaga bapanya, Jali yang lumpuh separuh badan. Duduk di kerusi roda, pergerakan Jali terbatas. Segala makan minum dan mandi diuruskan Udin. Walaupun sering dimarahi Jali, Udin tetap tidak melawan. Dia akur dengan setiap apa yang terbit dari mulut bapanya. Di rumah, Udin seorang budak yang kurang bercakap manakala di luar pula Udin dilihat sebagai seorang yang banyak mulut.

Kerajinan Udin amat disenangi penduduk di situ sehinggala­h satu hari Udin didatangi sekumpulan budak yang tidak puas hati dengan tindakanny­a melaporkan kegiatan mereka kepada penghulu.

Jali tahu Udin dipukul, namun dia tidak mampu berbuat apaapa. Lebih parah lagi budakbudak tadi mengulangi perbuatan mereka terhadap Udin, seperti satu hiburan Udin dibuli.

Kali ini Udin melawan. Namun lagi teruk Udin dikerjakan.

PELAKON: Aidil, Ruzaidi Rahman,

Aman Graseka, Bohari Ibrahim dan Rosnah Johari

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia