Harian Metro

Nostalgia lagu lama dalam Dimensi Lagenda

-

Pelbagai kisah suka dan duka terpahat dalam ingatan. Tidak terkecuali pilihan lagu yang menggamit nostalgia ketika zaman kampus.

Walaupun zaman kegemilang­an setiap penyanyi itu sudah berakhir, lagu dendangan mereka masih diminati ramai hingga hari ini.

Bagi merealisas­ikan permintaan penonton yang ingin menyaksika­n gabungan lagu lama dinyanyika­n dalam satu program khas, RTM bakal menyiarkan Dimensi Lagenda bertemakan Zaman Kampus jam 9 malam esok menerusi saluran TV 1.

Berhibur dengan celoteh pengacara Raja Azura dan Azrul serta bersama selebriti undangan iaitu Ebby Yus dalam program terbitan Unit Hiburan TV RTM yang sudah dirakamkan pada 12 Julai lalu bertempat di Studio 1, Wisma TV, Angkasapur­i, Kuala Lumpur.

Bagi yang merindui pasangan adikberadi­k yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan Moin, gandingan Ieda dan Eddie bakal tampil dengan tiga lagu popular mereka iaitu Abadinya Cinta, Kini dan Selamanya serta Kau Yang Kurindu.

Kumpulan A To Z popular pada pertengaha­n 1990an menerusi lagu daerah juga tampil menyampaik­an lagu malar segar seperti Darjat, Berdendang dan Itik GemboGembo.

Pada masa sama, peminat kumpulan ini dapat mengikuti perkembang­an baharu A To Z yang dianggotai Lan, Jeff dan Chap.

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Ezad Lazim? Dia yang membuat kemunculan semula dengan beberapa lagu baru menyanyika­n tiga buah lagu iaitu Alasanmu, Jesnita dan Kapal Terbang Kertas ketika bersama Exists.

Ingin menyaksika­n bagaimanak­ah kesemua artis berkongsi pentas? Jangan lupa saksikan persembaha­n mereka menerusi saluran TV 1.

 ??  ?? KUMPULAN A To Z.
KUMPULAN A To Z.
 ??  ?? EZAD
EZAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia