Harian Metro

Gaga guna pengalaman peribadi

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Dalam pada meniti kemasyhura­n, penyanyi Lady Gaga mendedahka­n banyak pengorbana­n perlu dilakukan seiring dengan populariti diraih.

Gaga, 32, berkata populariti dan kejayaan mampu melukai orang tersayang serta menjejaska­n hubungan peribadi.

Dia yang pernah bertunang dengan aktor TaylorKinn­eyjelas masih terkesan dengan perkara itu menerusi pendedahan­nya dalam satu wawancara barubaru ini.

“Hubungan kekeluarga­an boleh goyah, begitu juga persahabat­an.

“Itulah harga yang perlu dibayar apabila popular,” katanya.

Penyanyi Poker Face terbabit bagaimanap­un menyifatka­n pengalaman itu menjadi sumber ilhamnya dalam menulis lagu.

Gaga berkata dia bergantung harap dengan pengalaman peribadi untuk menjiwai watak artis yang berdepan kesusahan dalam filem terbaru lakonannya, A Star Is Born.

“Saya tak boleh buat muzik atau berlakon tanpa menggunaka­n kesakitan yang ada dalam diri saya. Maksud saya, mana lagi saluran terbaik untuk saya curahkan semua itu?

“Ketika berkarya saya akan salurkan semua pengalaman lalu, dinamik dalam keluarga, hubungan, kesakitan, kebahagiaa­n, gembira serta liku hidup lain. Itulah yang akan mencipta keindahan dalam sesebuah cerita,” katanya.

Terbaru, filem lakonannya A Star Is

Born bersama aktor terkemuka Bradley Cooper berjaya meraih kutipan lebih RM248 juta sebaik dilancarka­n. Bukan filem itu saja, album runut bunyinya turut mengunggul­i pelbagai carta muzik.

Menurut penganalis­is muzik di Amerika

Syarikat (AS), album berkenaan berjaya dijual lebih 200,000 unit dalam tempoh seminggu saja selepas memasuki pasaran pada 5 Oktober. Angka itu belum termasuk penjualan lagu dan jumlah penstriman.

Untuk penstriman saja, album itu dijangka mampu meraih keuntungan lebih RM8.7 juta manakala penjualan album fizikal dijangka terus meningkat.

Album berkenaan mendapat pujian ramai apabila mengetenga­hkan lagu pelbagai genre termasuk muzik country dan R&B.

Antara lagu yang dimuatkan termasuk Somewhere Over Rainbow dan La

Vie En Rose.

Tidak ketinggala­n, lagu duet

Gaga bersama Bradley yang pertama kali menyanyi ia

Shallow tur memukau ramai pendeng

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia