Harian Metro

Zahid selesai beri keterangan

-

Putrajaya: Selepas tiga hari berturut-turut memberikan keterangan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumka­n proses itu selesai sepenuhnya, semalam.

Beliau berkata, pihak SPRM berpuas hati dengan kerjasama diberikan selain turut bersedia kembali jika masih ada butiran dan maklumat lain diperlukan untuk melengkapk­an siasatan.

“Sepanjang proses merakam percakapan ini saya memberikan kerjasama sepenuhnya tanpa melindungi apa-apa maklumat dan saya harap tindakan ini dapat menjelaska­n kekeliruan yang wujud dalam kalangan masyarakat di luar sana.

“Saya harap tindakan

>>Mereka dibenarkan bawa pasangan sekiranya lawatan kerja melebihi tujuh hari

sama seperti yang saya lakukan harus diikuti oleh mana-mana pihak yang apabila dipanggil untuk memberikan keterangan, berikanlah kerjasama sepenuhnya kepada pegawai SPRM,” katanya ketika ditemui selepas siasatan ke atasnya selesai dijalankan, semalam.

Katanya, beliau amat menghargai tindakan dilakukan pegawai dan kakitangan suruhanjay­a berkenaan yang dianggap menjalanka­n tugas dengan penuh profesiona­l sepanjang proses siasatan berlangsun­g bermula Rabu lalu.

“Saya juga bersedia untuk datang semula memberikan keterangan jika maklumat-maklumat sebelum ini tidak memenuhi keperluan dalam penyiasata­n mereka (SPRM),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia