Harian Metro

LARANG BAWA ISTERI

- Faliq Lajim cnews@nstp.com.my

Kabinet memutuskan jemaah menteri tidak boleh membawa pasangan bagi lawatan kerja ke luar negara kurang tujuh hari berkuatkua­sa serta-merta.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, lawatan sedemikian adalah untuk kerja dan ia tidak perlu membabitka­n ahli keluarga khususnya pasangan.

Menurut beliau, antara garis panduan yang ditetapkan adalah sekiranya lawatan kerja kurang tujuh hari, hanya dua pegawai dibenarkan mengikuti menteri terbabit.

“Kalau dengan perbelanja­an sendiri, kurang tujuh hari, boleh menteri itu bawa (pasangan).

“Bagaimanap­un, arahan itu tidak tertakluk kepada Perdana Menteri berikutan isterinya mempunyai tugas-tugas sebagai isteri Perdana Menteri di negara yang dilawati. Selain daripada itu, maka jalan (lawatan) sendirian.

“Namun, jemaah menteri hanya dibenarkan membawa pasangan sekiranya lawatan kerja itu melebihi tujuh hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Bicara Minda bertajuk Ekonomi: Kesejahter­aan Untuk Semua di Dewan Karangkraf, Seksyen 15 di sini, semalam.

Mohamed Azmin berkata, ia diputuskan sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dalam mesyuarat Kabinet.

Menurut beliau, walaupun perkara ini nampak kecil namun ia membabitka­n budaya kerja, selain sebagai langkah penjimatan bagi perbelanja­an awam.

“Kita pergi untuk bekerja bukan bercuti, (membeli-belah) bermain golf.

“Saya tahu ketika saya dalam kerajaan suatu ketika dahulu, ramai menteri pergi persidanga­n jika hari Isnin bermula,

dan mereka akan datang tiga hari lebih awal untuk bermain golf dan pasangan mereka pergi

Tiga hari selepas persidanga­n tamat baru mereka balik,” katanya.

Menteri ditegah bawa pasangan dalam lawatan ke luar negara kurang 7 hari

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia