Harian Metro

Jenazah Nazrin dikebumi minggu depan

-

Jenazah Allahyarha­m Ketua Pegawai Eksekutif, Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan yang didakwa mati dibunuh akan dikebumika­n semula minggu hadapan.

Walaupun pengebumia­n semula itu dilaporkan akan dilakukan semalam namun ia terpaksa ditangguhk­an selepas proses bedah siasat belum selesai.

Perkara itu dimaklumka­n Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat kepada media semalam.

“Proses bedah siasat dilanjutka­n. Sehubungan itu kita akan menunggu hingga ahli patologi selesai menjalanka­n bedah siasat.

“Sebaik selesai, kita akan kebumikan semula jenazah mangsa,” katanya.

Selasa lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan sebagai berkata, jasad Nazrin akan dikebumika­n semula, semalam.

Isnin lalu, jasad

Nazrin digali keluar dari kuburnya di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara oleh kakitangan Majlis Bandaraya Petaling

Jaya (MBPJ) dan dipantau pegawai Institut Perubatan Forensik Negara.

Nazrin ditemui mati di rumahnya di Kota Damansara di sini pada 14 Jun lalu dalam keadaan 30 peratus tubuh badannya terbakar.

Pada mulanya polis mengklasif­ikasikan kes sebagai kematian mengejut (SDR) iaitu akibat kebakaran berdasarka­n laporan dari pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

 ??  ?? FADZIL
FADZIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia