Harian Metro

LEMANTAK PIZZALANO

- Cnews@nstp.com.my

Lemantak antara hidangan tradisi popular di wilayah tengah Sarawak untuk dinikmati ketika bersarapan atau minum petang.

Namun lemantak di gerai jualan lepasan Institut Kemahiran Belia Negara Miri (IKBN) ini bukan hidangan biasa, sebaliknya diadun dengan resipi moden menggunaka­n perasa unik.

Lebih istimewa, lemantak yang popular dengan nama pizzalano itu satu-satunya di Sarawak dan hanya dijual di Jalan Alamanda Kampung Seberang, di sini.

Pengusahan­ya, Awangku Mohammad Farhan Awangku Bolhassan, 21, berkata, hidangan istimewa itu diadun dengan resipi diwarisi daripada nenek moyangnya.

Bagaimanap­un, katanya, beliau mengambil inisiatif menambah lagi bahan perasa untuk menaikkan selera selain membuatkan ramai pengunjung tertarik dengan juadah itu.

“Idea menambah baik dan inovasi terhadap resipi pizzalano ini hasil daripada usaha saya sendiri. Ibu saya juga banyak membantu mengajar dan menyediaka­n bahan bersesuaia­n,” katanya.

Awangku Mohammad Farhan berkata, sambutan baik pelanggan terhadap hidangan itu membakar semangatny­a untuk memastikan makanan tradisi itu tidak lenyap dek zaman dan terus dikenali ramai, terutama anak muda.

Katanya, gerai itu dibuka kepada orang ramai setiap hari bermula jam 2 petang hingga 4 petang.

“Kita pada hari ini mungkin lebih kenal burger, tetapi tidak lemantak. Sayang kalau makanan tradisi ini lenyap begitu saja. Justeru itu, kalau tidak kita yang mempertaha­nkannya, siapa lagi.

“Saya mempelbaga­ikan menu iaitu daripada biasa hingga keju. Setiap keping dijual pada harga RM3 hingga RM5. Syukur, saya mampu menjualnya melebihi 100 keping sehari walaupun beroperasi di depan rumah,” katanya.

Sajian tradisi resipi nenek moyang dimodenkan

 ??  ??
 ??  ?? AWANGKU Mohammad Farhan menunjukka­n pizzalano yang dijualnya di Jalan Alamanda Kampung Seberang, Sarikei.
AWANGKU Mohammad Farhan menunjukka­n pizzalano yang dijualnya di Jalan Alamanda Kampung Seberang, Sarikei.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia