Harian Metro

‘BISNES’ MACAM BIASA

-

„ Golongan mak nyah terus aktif jaja tubuh di lokasi ‘tradisi’ di ibu kota

Ketua Akademi Kajian Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgende­r (LGBT, Institut Pengurusan dan Penyelidik­an Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar. Beliau berkata, senario itu membimbang­kan berikutan majoriti pondan ditemu bual mengaku pernah melakukan seks sejenis.

“Majoriti pondan itu pula mengakui menerima wang untuk seks. Berbalik kepada hukum penawaran dan permintaan, sewajarnya perlu diuar-uarkan lagi keburukan hubungan sejenis kepada masyarakat supaya dapat mencegah permintaan seks songsang seumpamany­a.

“Kita tidak mahu kes jenayah syariah lain seperti liwat dan isu perdaganga­n seks transgende­r ini berleluasa.

“Lebih-lebih lagi dengan kecanggiha­n komunikasi sosial, urus niaga seks songsang dibimbangi menjadi semakin tidak terkawal sekiranya tindakan serius tidak diambil,” katanya.

Naib Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) itu menjelaska­n berdasarka­n kajian golongan pondan yang berdagang seks di lorong adalah individu yang mengalami kecelaruan gender sejak kecil.

Jelasnya naluri mereka lebih terarah kepada wanita berikutan kegagalan ibu bapa atau keluarga menangani perkara itu.

Menurutnya, golongan berkenaan yang berhadapan konflik dengan keluarga termasuk kekurangan kasih sayang akhirnya memilih untuk menjalani kehidupan sebagai pondan di bandar.

“Masalah lain timbul apabila ada pula yang membela pekerjaan mereka. Sebagai contoh, ada pihak tertentu menggunaka­n kaedah tangani penyebaran AIDS dengan memberikan kondom percuma tanpa mengatakan ‘tidak’ kepada pekerjaan sebagai pedagang seks itu.

“Isu ini semakin bercelaru apabila ada golongan pro LGBT seakan memaksa masyarakat menerima golongan ini.

“Memburukka­n lagi senario apabila ada pula golongan tertentu yang memuat naik video mereka dengan aksi keterlalua­n dan tidak sewajarnya menjadi bahan tontonan umum,” katanya.

Dr Rafidah berkata, penguatkua­saan secara berterusan selain didikan awal dari rumah adalah jawapan bagi membendung masalah golongan transgende­r menjual tubuh daripada terus berlarutan.

Beliau sendiri turut terbabit dalam beberapa aktiviti membantu golongan pondan keluar daripada kancah hitam itu termasuk dengan melaksanak­an program rumah ngaji untuk mereka yang kecelaruan gender.

 ??  ?? SEORANG pondan menunggu pelanggan di ibu negara.
SEORANG pondan menunggu pelanggan di ibu negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia