Harian Metro

DADAH BERPERISA

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

Sindiket dadah tempatan didapati semakin ‘kreatif’ apabila mencampurk­an dadah ekstasi ke dalam botol minuman kultur bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Taktik itu dianggap kaedah baru selepas sindiket sebelum ini lebih gemar mencampurk­an dadah ekstasi, ketamin dan pelbagai dadah lain ke dalam serbuk jus buah-buahan dan coklat.

Difahamkan setiap botol minuman kultur bercampur dadah itu dijual pada harga sehingga RM250 sebotol kepada pelanggan di pusat hiburan.

Kegiatan jenayah itu bagaimanap­un dibongkar Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman susulan penahanan 12 individu, semalam dan kelmarin.

Pengarahny­a, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata kesemua suspek warga tempatan berusia antara 22 dan 55 tahun termasuk dua wanita itu ditahan dalam sembilan serbuan dan dua pemeriksaa­n di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, sindiket berkenaan dipercayai aktif memproses dan mengedar dadah di pusat hiburan sekitar Lembah Klang.

“Bermula pada jam 7.50 petang Rabu sehingga 12.15 tengah malam semalam, kami berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.27 juta di samping menyita, wang tunai, pelbagai kenderaan dan barang kemas bernilai RM2 juta.

“Modus operandi sindiket ini, mereka akan menggunaka­n pelbagai jenis minuman, termasuk minuman kultur untuk dicampur dengan pelbagai jenis dadah.

“Kemudian dadah itu akan dijual di pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, ada minuman kultur yang siap dibancuh bersama dadah dijual dengan harga mencecah RM250 sebotol,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, semalam.

Mohmad berkata, kesemua yang ditahan direman sehingga Khamis depan.

Minuman dicampur dengan dadah ekstasi

dijual pada harga RM250 sebotol

 ??  ??
 ??  ?? MOHMAD (empat dari kiri) menunjukka­n sebahagian dadah yang dirampas dalam gerakan di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
MOHMAD (empat dari kiri) menunjukka­n sebahagian dadah yang dirampas dalam gerakan di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia