Harian Metro

Didenda ceroboh bilik inap desa NYARIS DITELAN KEPALA AIR

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Seorang pembantu kedai makan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan menceroboh dalam sebuah bilik rumah inap desa, Isnin lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Hafiezal Jalani, 30, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintah­kan hukuman penjara empat bulan jika dia gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan penceroboh­an dalam sebuah bilik rumah inap desa milik suri rumah, Nauwal Muthiah

Mohamad, 30, tanpa izin.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Zam Zam Homestay, No. 1, Jalan 1, Kampung Perwira Jaya, Ampang Jaya, dekat sini pada jam 4.15 petang, 8 Oktober lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Seorang lelaki warga Bangladesh terselamat daripada dihanyutka­n di Sungai Gombak berhampira­n pusat beli-belah Sogo, di sini, petang semalam, selepas diselamatk­an bomba dan orang awam.

Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa dikatakan berada di tebing sungai dan melakukan kerja penyelengg­aran sebelum dipukul kepala air sebelum dihanyutka­n kira-kira 300 meter.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Fadil Hesam Mohamed berkata, pihaknya menggunaka­n tali untuk menarik mangsa ke tepi sungai sebelum dibawa naik dengan bantuan orang awam.

“Daripada maklumat yang kami terima, sebelum kejadian, mangsa lelaki warga Bangladesh berada di platform di tebing sungai itu dan melakukan kerja penyelengg­araan. “Bagaimanap­un, dia dihanyutka­n air sungai yang menerjah secara tiba-tiba. Mangsa diselamatk­an orang awam dan bomba,” katanya.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut.

“Kami menarik mangsa yang berusia 30-an itu menggunaka­n tali ke tebing sebelum sembilan anggota dengan bantuan orang awam menariknya ke atas.

“Kami mengucap ribuan terima kasih kepada orang awam yang berada di lokasi kerana membantu bomba,” katanya.

Lelaki Bangladesh jalankan kerja selenggara dihanyut arus

 ??  ?? ANGGOTA bomba dan orang awam membantu lelaki warga Bangladesh daripada dihanyutka­n arus di Sungai Gombak berhampira­n pusat beli-belah Sogo, semalam.
ANGGOTA bomba dan orang awam membantu lelaki warga Bangladesh daripada dihanyutka­n arus di Sungai Gombak berhampira­n pusat beli-belah Sogo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia