Harian Metro

Arwah Akma tenang, jarang marah

-

Klang: Sikap tenang anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Izatul Akma Wan Ibrahim dikagumi rakan sekerja yang rapat dengannya, Muhammad Ridzuan Kamaruzama­n.

Menurut Muhammad Ridzuan, 27, sepanjang mengenali Izatul Akma, arwah tidak pernah marah walaupun sekali.

“Walaupun ada perkara pada saya atau lain, kita rasa hendak marah dan kita tidak puas hati, tapi Akma tenang, dia cakap ‘tak apa, biarkan saja, kita tidak perlu fikir sangat’.

“Saya pun tidak tahu macam mana Akma boleh buat macam tu (kawal prasaan marah). Pada saya, dia sangat kuat semangat,” kata anggota Pasukan C PPDA dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang itu.

Dia yang ditemui berkongsi kenangan berkaitan empat rakan sekerjanya, Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma, 32, Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24.

Pada kejadian yang turut mengorbank­an nyawa dua anggota BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, keenam-enamnya terbabit dalam operasi mencari remaja lelaki berusia 17 tahun yang lemas di bekas lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 3 Oktober lalu.

Kenangan mengangkat mayat dua beradik yang rentung bersama Izatul Akma lima tahun lalu juga antara pengalaman yang tidak akan dilupakan ketika mereka berdua bertugas di BBP Kota Anggerik.

“Pada 2013, berlaku kebakaran membabitka­n sebuah rumah, saya dan arwah mengangkat mayat kanak-kanak lelaki dan perempuan yang rentung 100 peratus.

“Akma bukan saja bantu angkat mayat, tetapi dia mengajar cara angkat dengan betul, mula dengan Bismillah, selawat ke atas Nabi dan angkat dengan lembut kemudian letak di atas pengusung sebelum bawa keluar dan masukkan dalam beg mayat.

“Malam itu, saya tidak boleh tidur sebab teringatka­n mayat terbabit, Akma yang teman saya sehingga pagi,” katanya.

Beliau berkata, Akma banyak membantuny­a, selain mengajar teknik memadam api gambut di tengah panas terik dan Akma juga yang mendorongn­ya menyertai PPDA hingga kini.

 ??  ?? ANGGOTA Balai Bomba Pelabuhan Klang (dari kiri) Mohamad Yusuf Ari, Muhammad Ridzuan, Azwan Buangsi, Jason Joseph dan Tengku Mohd Ihsan Tengku Ibrahim menunjukka­n gambar kenangan dan jaket rakan mereka yang terkorban.
ANGGOTA Balai Bomba Pelabuhan Klang (dari kiri) Mohamad Yusuf Ari, Muhammad Ridzuan, Azwan Buangsi, Jason Joseph dan Tengku Mohd Ihsan Tengku Ibrahim menunjukka­n gambar kenangan dan jaket rakan mereka yang terkorban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia