Harian Metro

NAIK TARAF PROJEK LAMA

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@nstp.com.my

„ Kerajaan negeri tumpu pembanguna­n tamat tempoh bina rumah mampu milik

Kerajaan negeri memberi tumpuan memperbaha­rui semula kawasan pembanguna­n lama di bandar utama negeri ini bagi pembinaan projek rumah mampu milik.

Lokasi dikenal pasti itu antaranya membabitka­n Petaling Jaya, Ampang dan Klang.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor Haniza Talha berkata, kerajaan negeri akan mengesyork­an perkara itu kepada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam tempoh terdekat.

“Contoh, ia membabitka­n tempoh hayat bangunan yang mungkin berakhir namun boleh dibangunka­n menerusi tindakan perobohan dan membina semula bangunan kediaman baru.

“Pembanguna­n rumah mampu milik itu dijalankan di lokasi sama, tetapi menerusi reka bentuk lebih baik dan saiz keluasan yang berbeza berbanding sebelumnya.

“Selepas mendapat persetujua­n pemilik rumah, mereka akan ditempatka­n di lokasi penginapan transit di kawasan berdekatan sementara menunggu pembinaan berkenaan siap sepenuhnya,” katanya di pejabatnya di Bangunan SUK di sini, semalam.

Menurut Haniza, cadangan pembanguna­n itu bukan saja mengurangk­an lagi guna tanah yang hanya terhad di lokasi sedia ada, malah mengelak daripada meratakan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 yang kini dalam proses saringan lanjut,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan kerajaan negeri diarah mengenal pasti tanah yang boleh digunakan bagi membina rumah mampu milik dan melaporkan­nya kepada KPKT selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Menteri, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata, kerajaan negeri yang gagal berbuat demikian bakal dikeluarka­n daripada senarai projek rumah mampu milik kementeria­n.

Kata Haniza, lokasi bagi pembanguna­n baru untuk rumah mampu milik membabitka­n tanah yang luas di bandar sememangny­a sudah tiada dan sukar diperoleh.

“Jika di kawasan luar bandar, tanah itu memang ada namun kami perlu memfokuska­n kepada lokasi yang mempunyai permintaan.

“Kami tidak mahu apabila dibina, tidak ramai mahu membeli kerana lokasinya jauh, tiada kemudahan infrastruk­tur awam lengkap dan faktor berkaitan lain.

“Justeru, kami perlu bijak mengenal pasti tanah berkenaan namun kebiasaann­ya lokasi seumpama itu terutama di bandar ketika ini sudah sesak dan padat di Selangor,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DR Sunder
DR Sunder

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia