Harian Metro

‘Sampai sekarang tak hubungi’

-

Shah Alam: Kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) diminta mengambil tindakan terhadap pemaju yang gagal menyediaka­n rumah mampu milik Rumah Selangorku kepada rakyat di negeri ini.

Ini susulan rungutan yang diterima daripada ramai pemohon yang gagal mendapatka­n rumah walaupun permohonan mereka diluluskan serta surat tawaran diterima daripada pemaju.

Seorang daripada 15 pembeli Rumah Selangorku di Taman Putra Prima, Puchong, Amirah Azmi mendakwa sehingga kini belum dipanggil untuk cabutan undi rumah yang dipohon walaupun permohonan diluluskan serta surat tawaran diterima setahun lalu daripada pemaju.

Amira juga kecewa kerana pemaju dihubungi memaklumka­n unit dipohon sudah penuh dan berharap Menteri Besar Amirudin Shari serta Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kehidupan Bandar Haniza Talha menyelesai­kan masalah itu.

“Bila tanya pemaju, pemaju kata tunggu dia hubungi, tapi sampai sekarang tidak hubungi saya.

“Saya orang biasa, bukan saya nak rumah percuma, saya sudah ditawarkan jadi saya nak tanya kenapa saya tak dapat rumah lagi? Sudah setahun saya tak dipanggil pun untuk cabut undi, jadi susahlah saya,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Harmoni Selangor Dr S Sunder berkata, kelabnya bukan ejen kepada pemohon Rumah Selangorku sebaliknya hanya membantu ahli kelabnya iaitu rakyat Selangor yang menghadapi masalah untuk memilik Rumah Selangorku.

“Pemaju terbabit sorok semua unit rumah. Lima tahun mereka simpan dan semua orang lupa. Jadi ketika itu, mereka tambah baik rumah dan

kawasan hijau di negeri ini.

“Satu daripada lokasi itu di sempadan Ampang dan Pandan yang dibangunka­n semula Majlis Perbandara­n jual lebih mahal.

“Saya berharap kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap pemaju yang sengaja tidak menawarkan rumah mampu milik yang dibina supaya ia boleh dijual dengan harga lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Haniza berkata, pihaknya meminta pengadu tampil membuat rujukan lanjut kepada LPHS mengenai permohonan berkenaan.

“Pada 4 Oktober lalu, kami baru dimaklumka­n pemaju ada 28 kediaman kosong dan saya tidak pasti sama ada pengadu melakukan semakan dengan LPHS.

“Berikutan itu, saya meminta mereka hadir bagi mendapatka­n maklumat lanjut mengenai status permohonan berkenaan,” katanya yang menasihati pembeli tidak menggunaka­n khidmat ejen yang mengenakan caj untuk tujuan seumpama itu. Ampang Jaya membabitka­n flat.

“Ia dijangka membabitka­n projek pembanguna­n semula di Projek Perumahan

(MPAJ) pembanguna­n

 ??  ?? AMIRAH
AMIRAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia