Harian Metro

Konon ‘disamun’ elak bayar denda

-

Subang Jaya: Hanya kerana mahu mengelak membayar denda kehilangan Mykad, seorang lelaki membuat laporan polis palsu kononnya disamun tiga lelaki di Jalan SP 3/11 Saujana Puchong Batu 14, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima laporan dibuat lelaki berusia 40-an itu di Balai Polis Bukit Puchong, di sini.

“Berdasarka­n laporan suspek, dia memberitah­u disamun tiga lelaki menaiki motosikal ketika berada di lokasi kejadian yang terletak berhampira­n kedai dobi pada jam

4.23 petang.

“Akibat kejadian itu, suspek mendakwa kehilangan Mykad, kad ATM, kad Touch & Go, dan wang tunai RM450,” katanya, semalam.

Mohammad Azlin berkata, siasatan dilakukan pihaknya mendapati kejadian samun itu tidak berlaku seperti didakwa lelaki terbabit. “Semakan mendapati suspek yang juga tukang masak di sebuah restoran berkenaan sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan Mykad miliknya sebanyak lima kali iaitu tiga kali dikatakan tercicir manakala dua kali lagi mendakwa disamun.

“Suspek mengaku membuat laporan polis palsu kerana mahu mengelak membayar denda kepada Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) kerana kecuaianny­a,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

“Walaupun kes sebegini kerap kali diingatkan dan diberi amaran melalui laporan media, namun masih ada individu tidak bertanggun­gjawab bertindak sedemikian. Amaran kepada orang ramai, jangan hanya kerana mahu mengelak denda mereka sanggup membuat laporan palsu.

Kuala Lumpur: Malaysian Relief Agency (MRA) menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM2328.15 daripada mahasiswa Fakulti Perubatan dan Optometri Universiti UCSI bagi membantu mangsa gempa bumi di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia.

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, pihaknya sudah berada di Palu sejak 2 Oktober lalu dalam usaha membantu mangsa gempa bumi yang berhadapan kesusahan.

Katanya, bantuan makanan dan sumber air bersih sudah diagihkan ke beberapa kem penempatan terbabit dan terkesan dengan tragedi berkenaan.

“Pada bila-bila masa juga pasukan perubatan MRA akan tiba di Palu untuk bantuan perubatan dan trauma.

 ??  ?? DR Mohd Daud (tiga dari kanan) menerima sumbangan yang diserahkan wakil mahasiswa UCSI.
DR Mohd Daud (tiga dari kanan) menerima sumbangan yang diserahkan wakil mahasiswa UCSI.
 ??  ?? MUHAMMAD Azlin
MUHAMMAD Azlin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia