Harian Metro

TIGA KATEGORI

- Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@nstp.com.my

„ Rumah mampu milik di Malaysia bernilai

antara RM150,000 hingga RM500,000

Harga rumah mampu milik di Malaysia akan diletakkan dalam tiga kategori iaitu RM150,000 dan ke bawah; RM150,000 hingga RM300,000 dan RM300,000 hingga RM500,000.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, penetapan harga berkenaan adalah salah satu polisi yang akan ditetapkan dalam Dasar Perumahan Negara.

“Cadangan itu sudah dikemukaka­n ke peringkat kementeria­n dan akan dilaksanak­an selewat-lewatnya pada pertengaha­n November ini.

“Penetapan itu adalah antara cara untuk menyeragam­kan semua peranan membabitka­n lima entiti perumahan rumah mampu milik yang diletakkan di bawah Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2018 anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini, semalam.

Sebelum ini, KPKT memuktamad­kan lima agensi perumahan mampu milik diletakkan di bawah kementeria­n selewat-lewatnya, Disember ini.

Agensi beroperasi secara persendiri­an itu membabitka­n Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA); Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB); Uda Holdings Bhd, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, penyeragam­an agensi berkenaan adalah bagi membolehka­n kerajaan menyelaras dan memantau projek perumahan mampu milik pada masa depan.

“Kelima-lima entiti itu akan menyelaras­kan projek perumahan mampu milik di negara dalam satu program (sistem) iaitu penyeragam­an dalam reka bentuk, harga dan pengurusan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai unit kuota Bumiputera, beliau berkata kerajaan akan meneliti dan mengkaji semula mengenai perkara itu.

“Saya perlu memerlukan masa untuk mengkaji semula dan lihat maklum balas daripada industri serta pembeli rumah. Pada dasarnya kerajaan akan menilai rakyat berdasarka­n kemampuan mereka dari segi pendapatan, bukan bangsa,” katanya. Kediaman siap dibina tidak terjual

Malaysia bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini meningkat 18.1 peratus kepada 29,227 unit yang bernilai RM17.24 bilion, disebabkan oleh serapan pasaran yang perlahan.

Serapan pasaran dalam sektor hartanah merujuk kepada jumlah bulan yang diambil untuk menjual rumah yang sedia ada dalam pasaran.

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmat­an Harta, Nordin Daharom berkata, rumah kediaman bertingkat iaitu kondominiu­m dan pangsapuri adalah penyumbang terbesar kepada jumlah rumah

(overhang)

di siap tidak terjual, dengan merekodkan sebanyak 11,602 unit atau mewakili 39.7 peratus daripada jumlah keseluruha­n.

“Kondominiu­m dan pangsapuri unit siap dibina paling banyak tidak terjual, berharga antara RM500,000 hingga RM1 juta. Meskipun situasi harta kediaman tidak terjual kurang menggalakk­an, aktiviti pembinaan merangkumi unit siap dibina, mula dibina dan penawaran baru dirancang menunjukka­n prestasi bercampur-campur,” katanya pada Majlis Pelancaran Laporan

Harta Tanah Mengikut Wilayah dan Taklimat Pasaran Amalan Harta Tanah 2018 di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Md Badrul Hisham Awang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia