Harian Metro

Sasar jualan RM1 bilion

-

Petaling Jaya: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menyasarka­n jualan RM500 juta hingga RM1 bilion bagi edisi terkini Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2018 yang bermula semalam hingga 14 Oktober ini.

Pengerusi Penganjur MAPEX 2018, Datuk Ng Seing Liong berkata, sasaran itu dilihat mampu dicapai melalui jualan kira-kira 6,000 hartanah bernilai kira-kira RM6.9 bilion pada pameran sepanjang tiga hari itu yang berlangsun­g di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur.

“Pameran ini membabitka­n pemaju hartanah terkemuka seperti SP Setia Berhad, Gamuda Land Berhad, Glomac Berhad dan IJM Land Berhad,” katanya.

Beliau berkata, pameran itu menawarkan pilihan hartanah strata, bertanah serta komersial dan turut membabitka­n penyertaan institusi kewangan, jabatan dan agensi kerajaan seperti Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Menurutnya, MAPEX 2018 juga menawarkan acara menarik untuk pengunjung seperti perbincang­an dengan pakar hartanah dalam pelbagai disiplin hartanah secara percuma di mana mereka akan berkongsi tip dan strategi untuk membeli atau melabur dalam hartanah.

“Apa paling menarik pada acara ini, pembeli rumah berpeluang untuk memperoleh rebat tunai RM30,000 bagi pembelian rumah sepanjang tiga hari ini,” katanya.

Sementara itu, pada majlis pelancaran MAPEX 2018 semalam, REHDA berharap kerajaan tidak mengenakan cukai baru kepada pemaju perumahan di negara ini bagi memastikan kelangsung­an industri hartanah di negara ini terus kekal mampan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia