Harian Metro

NSK BERTAPAK DI CYBERJAYA

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

„ Pasar raya sewa tapak seluas 5.26 hektar

NSK Property Sdn Bhd (NSK), sayap hartanah bagi NSK Trading Sdn Bhd (NSK Group) dan Setia Haruman Sdn Bhd (Setia Haruman), pemaju induk Cyberjaya menandatan­gani perjanjian penyewaan bagi NSK membuka pasar raya besarnya di Cyberjaya menjelang 2020.

Melalui perjanjian itu, NSK menyewa tanah seluas 5.26 hektar yang terletak di tengah Cyberjaya daripada Setia Haruman untuk tempoh 15 tahun akan datang.

Pasar raya besar NSK yang memiliki keluasan 250,000 kaki persegi itu akan dibuka pada suku terakhir 2020 dan beroperasi pada jam 7 pagi hingga tengah malam setiap hari.

Pengerusi Eksekutif NSK, CB Lim berkata, pembukaan pasar raya besar di Cyberjaya itu dilakukan berikutan syarikat yakin dengan pertumbuha­n pantas Cyberjaya pada masa akan datang.

“Pasar raya besar kami di Selayang dan Kuchai Lama beroperasi 24 jam dan kami percaya ada keperluan untuk memiliki pasar raya besar 24 jam bagi memenuhi keperluan penduduk yang ingin keselesaan membeli-belah pada sebarang masa mengikut kelapangan masing-masing,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian itu di sini.

Pasar raya besar yang menelan kos RM35 juta itu menggabung­kan dua konsep iaitu peniagaan runcit dan borong sekali gus menjadikan­nya sebagai yang pertama seumpamany­a di Cyberjaya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Setia Haruman, Ahmad Khalif Mustapha Kamal berkata, pembukaan pasar raya besar NSK di Cyberjaya itu adalah satu lagi pencapaian terbaik dan selari dengan pertumbuha­n serta pembanguna­n ekosistem Cyberjaya.

Menurutnya, Cyberjaya memiliki banyak kemudahan yang memenuhi keperluan komuniti sama ada daripada aspek pendidikan, sukan dan rekreasi serta cawangan 24 jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia