Harian Metro

Edisi istimewa JOIN

-

Alam: Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarka­n edisi istimewa JOIN untuk model terpilih Volkswagen bagi pemilik kenderaan jenama itu yang mahukan penampilan berbeza.

Pengarah Urusannya, Erik Winter berkata, rangkaian JOIN ditawarkan bagi mengukuhka­n komitmen Volkswagen dalam menawarkan lebih banyak pilihan menarik kepada pengguna selain tampil lebih bergaya.

“Kebanyakan model ini sudah dikenali namun kami percaya pelanggan mahukan sentuhan ciri eksklusif ke atas setiap kereta mereka.

“Bersempena pengenalan rangkaian JOIN, ia memberi nilai tambah terhadap jenama Volkswagen dan pilihan kepada pembeli,” katanya ketika majlis pelancaran sempena Volkswagen Fest 2018 di sini, semalam.

Pakej aksesori JOIN kini boleh didapati untuk model Volkswagen Polo, Vento varian Comfortlin­e dan Highline serta Tiguan Highline dan Passat Comfortlin­e dengan plat anti calar sisi,

belakang, kemasan but kereta, tint VW dan pelbagai penambahan eksklusif bernilai RM12,000 bergantung kepada varian.

Sempena pengenalan rangkaian JOIN juga, 25 model itu dijual secara eksklusif di laman web Lazada bermula 12 hingga 18 Oktober 2018.

Selain itu, aplikasi program kesetiaan pelanggan

yang boleh digunakan untuk peranti IOS dan Android juga diperkenal­kan merangkumi tawaran servis, ganjaran kepada pemilik, video pendidikan, tip kemas kini acara dan bantuan jalanan 24 jam.

Acara pelancaran ini diadakan sempena Volkswagen Fest 2018 yang berlangsun­g dari 12 hingga 14 Oktober di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

 ??  ?? WINTER bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Christophe Lejeune (kiri) ketika Majlis Volkswagen Perkenal Rangkaian Model JOIN sempena Volkswagen Fest 2018.
WINTER bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Christophe Lejeune (kiri) ketika Majlis Volkswagen Perkenal Rangkaian Model JOIN sempena Volkswagen Fest 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia