Harian Metro

‘PERASA HANCING’

- Agensi

„ Penumpang trauma terminum

air kencing pemandu teksi

Seorang lelaki trauma selepas terminum air kencing dari botol minuman yang disediakan percuma kepada penumpang ketika menaiki sebuah teksi di China, baru-baru ini.

Beijing News melaporkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Sun dan tiga rakannya menaiki teksi versi Grab di China, Didi, di daerah Putuo di Shanghai, malam Selasa lalu.

Sun berkata, ketika berada dalam kereta, dia mengambil satu botol minuman yang disediakan percuma untuk penumpang tetapi mendapati penutupnya sudah terbuka.

“Saya bertanya kepada pemandu dan dia berkata, mungkin penumpang lain membuka penutup minuman berkenaan tetapi tidak meminumnya kerana air masih penuh.

“Apabila meminumnya saya terus memuntahka­n air itu kerana berbau dan rasa seperti air kencing,” katanya.

Menurutnya, pemandu itu menafikan air kencing dalam botol itu adalah miliknya dan dia merayu serta meminta maaf kerana bimbang dibuang kerja.

“Pemandu itu menjadi tidak tentu arah dan asyik meminta maaf serta memukul dirinya sendiri. Dia juga menawarkan wang sebagai ganti rugi,” jelas Sun.

Lelaki itu kemudian membuat laporan polis dan turut membuat laporan kepada Didi Chuxing.

Jurucakap Didi Chuxing mengesahka­n kejadian itu dan memberitah­u, pemandu berkenaan kini digantung tugas.

Syarikat itu juga mengesahka­n bahawa air kencing dalam botol minuman berkenaan adalah milik pemandu terbabit.

Menurutnya, pemandu itu menggunaka­n botol air berkenaan untuk membuang air ketika memandu kerana dia tidak sempat berhenti untuk mencari tandas.

“Pemandu itu meletakkan semula botol itu di tempat asal dan terlupa mengenainy­a sebelum air itu diminum penumpang malang berkenaan,” jelasnya.

 ??  ?? SEORANG pemandu teksi Didi di China. - Agensi (Fail)
SEORANG pemandu teksi Didi di China. - Agensi (Fail)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia