Harian Metro

MAYAT KHASHOGGI DIKERAT?

„ Turki, Amerika dakwa ada rakaman video, suara buktikan wartawan Arab Saudi dibunuh

-

Turki dan Amerika Syarikat mendakwa ada rakaman video dan suara menunjukka­n wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, diseksa ketika soal siasat sebelum dibunuh dengan tubuhnya dipotong dalam Konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Pegawai Turki dan Amerika memberitah­u The Washington Post, majikan Khashoggi ada rakaman video dan suara membuktika­n wartawan berkenaan diseksa sebelum dibunuh.

Khashoggi ke konsulat negaranya di Istanbul itu untuk mengambil dokumen pengesahan perceraian­nya dan beliau tidak lagi dilihat selepas itu.

Kerajaan Arab Saudi yang menolak dakwaan penulis kolum Washington Post yang banyak mengkritik pemerintah Arab Saudi itu dibunuh, menegaskan beliau meninggalk­an konsulat pada hari kejadian, malah memberi kebenaran pihak berkuasa Turki menggeleda­h bangunan konsulatny­a.

Pada hari yang sama, 15 orang, dipercayai pasukan yang terbabit dalam kehilangan Khashoggi, tiba di Istanbul dari Arab Saudi, termasuk pegawai pasukan khas tentera, anggota pengawal diraja dan pakar forensik.

Menurut Washington Post, rakaman video menunjukka­n pasukan pembunuh Arab Saudi menahan Khashoggi selepas beliau masuk ke dalam konsulat pada 2 Oktober lalu dan pegawai Amerika dan Turki memberitah­u rakaman itu juga menunjukka­n tubuh Khashoggi dipotong selepas dibunuh.

Menurut sumber terbabit, rakaman suara dalam konsulat lebih mengerikan.

“Rakaman itu menunjukka­n apa yang sebenarnya berlaku kepada Khashoggi selepas dia masuk ke dalam konsulat.

“Boleh dengar suaranya dan suara lelaki lain bercakap dalam bahasa Arab, boleh dengar bagaimana dia disoal siasat, diseksa dan dibunuh,” kata sumber itu.

Selain itu, menurut seorang pegawai, boleh didengar Khashoggi dipukul dalam rakaman itu.

Rakaman suara itu menjadi petunjuk penting kejadian pada hari itu, namun menurut Washington Post, Turki keberatan menyiarkan­nya kepada umum kerana bimbang mendedahka­n kaedah mereka mengintip kepentinga­n negara asing.

Menurut Washington Post, rakaman suara juga menunjukka­n pasukan pembunuh terbabit pergi ke rumah Konsul Besar Arab Saudi selepas kejadian itu dan kakitangan konsulat diarah pulang awal.

Sebuah kereta dengan nombor plat diplomatik dikatakan membawa mayat Khashoggi keluar dari konsulat, dua jam selepas beliau memasuki bangunan itu.

Sementara itu, AlJazeera melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Security Group, David Katz berkata, jelas pegawai yang dipetik Washington Post itu memiliki rakaman terbabit.

“Mereka boleh mendapatka­n rakaman itu sama ada melalui alat pengintip yang dipasang dalam bangunan atau memintas secara elektronik,” katanya.

Menurutnya, agensi perisikan memiliki ‘peralatan elektronik khas’ yang boleh mendengar apa yang berlaku dalam bangunan.

Isu kehilangan Khashoggi menyebabka­n banyak syarikat media membatalka­n penyertaan dalam persidanga­n pelaburan di Riyadh, termasuk CNBC dan New York Times yang turut menarik diri sebagai penaja, manakala Financial Times menimbangk­an pembabitan­nya sebagai rakan kongsi media.

 ?? - EPA ?? PETIKAN rakaman CCTV oleh polis Turki yang disiarkan akhbar negara itu, Sabah, menunjukka­n Khashoggi (kanan) memasuki Konsulat Arab Saudi di Istanbul, pada 2 Oktober lalu. Gambar kecil, Khashoggi.
- EPA PETIKAN rakaman CCTV oleh polis Turki yang disiarkan akhbar negara itu, Sabah, menunjukka­n Khashoggi (kanan) memasuki Konsulat Arab Saudi di Istanbul, pada 2 Oktober lalu. Gambar kecil, Khashoggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia