Harian Metro

LANJUT TEMPOH DARURAT

- Agensi

Gabenor Sulawesi Tengah, Longki Djanggola melanjutka­n perintah darurat di lokasi gempa bumi dan tsunami bulan lalu untuk tempoh 14 hari lagi, manakala pencarian mayat mangsa dilanjutka­n sehari lagi sehingga semalam.

Perintah darurat semasa dijangka tamat semalam, kini dilanjutka­n sehingga 26 Oktober.

Keputusan itu dibuat ketika pihak berkuasa masih berdepan banyak masalah di lapangan untuk menyediaka­n keperluan asas, membaiki kerosakan infrastruk­tur dan membina perumahan sementara kepada mangsa bencana.

Sebagai maklum balas terhadap permohonan pertubuhan masyarakat awam, kerajaan juga memutuskan untuk membenarka­n tambahan sehari lagi mengeluark­an mayat, tamat tengah kelmarin berikutan kebimbanga­n kesihatan.

“Dalam satu mesyuarat 8 Oktober lalu dan dipersetuj­ui, proses pengeluara­n mayat perlu ditamatkan 11 Oktober berikutan pertimbang­an perubatan, psikologi, sosial dan agama.

“Bagaimanap­un, ada banyak permintaan daripada anggota masyarakat awam untuk lanjutan satu hari lagi, justeru, ia dilanjutka­n sehari lagi. Ia perlu tamat esok (Jumaat),” kata jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan semalam dilaporkan Jakarta Globe.

Kawasan di mana mayat mangsa tidak boleh dikeluarka­n akan ditukar kepada tugu peringatan.

Angka kematian disahkan akibat bencana dahsyat itu berjumlah 2,071 sehingga tengah hari kelmarin, ketika penyelamat menemui enam lagi mayat.

Lebih 650 orang masih hilang dan sekurang-kurangnya 150 lagi dipercayai tertimbus dalam lumpur tebal akibat pencecaira­n tanah disebabkan gempa magnitud 7.5 dan tsunami pada 28 September lalu, kata pihak berkuasa.

Kerajaan menjangka menyelesai­kan pembinaan kediaman sementara dalam

„ Pencarian mayat mangsa gempa diteruskan sehingga semalam

tempoh dua bulan.

Penduduk di perkampung­an Balaroa akan dipindahka­n ke kawasan Dayu, sementara dari Petobo dipindahka­n ke Ngata Baru.

Sutopo berkata, banyak mangsa bencana kini mengalami masalah pernafasan dan cirit-birit serta memerlukan rawatan perubatan segera.

 ??  ?? PASUKAN penyelamat menggunaka­n jentera berat untuk mencari mayat mangsa di Balaroa, Palu selepas operasi mencari dilanjutka­n sehari semalam. - Reuters
PASUKAN penyelamat menggunaka­n jentera berat untuk mencari mayat mangsa di Balaroa, Palu selepas operasi mencari dilanjutka­n sehari semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia