Harian Metro

Taufan Michael ragut enam nyawa di Florida

-

Panama City: Pasukan mencari dan menyelamat semalam menggeleda­h kawasan teruk terjejas untuk mencari mangsa Taufan Michael, ribut ganas Kategori 4 yang menyebabka­n kemusnahan besar di Florida Panhandle atau kawasan barat daya Florida, mengorbank­an sekurang-kurangnya enam orang di tiga negeri.

Di Mexico Beach, bandar tepi laut di mana taufan itu mendarat, kediaman teruk dibadai ribut, bot terdampar di laman rumah dan jalan raya dipenuhi pokok dan tiang elektrik yang tumbang.

Gabenor Florida, Rick Scott berkata, taufan itu mencetuska­n ‘kemusnahan luar jangka’ dan keutamaan kini ialah mencari mangsa yang gagal mematuhi arahan berpindah.

“Saya amat bimbangkan penduduk yang tidak berpindah dan saya berharap, kita tidak mengalami banyak kehilangan nyawa,” kata Scott kepada saluran ABC.

Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, lebih 2,000 tentera Pengawal Kebangsaan Florida ditugaskan dalam operasi pemulihan.

Enam kematian disahkan berkaitan taufan itu setakat ini, empat di Gadsden County, Florida, manakala satu di Georgia dan Carolina Utara. Laporan Reuters bagaimanap­un menyebut 7 maut akibat taufan itu.

Pihak berkuasa Florida memberitah­u, lebih 400,000 rumah dan premis perniagaan bergelap di Florida dan Scott berkata, hampir 20,000 kakitangan utiliti dikerah memulihkan bekalan kuasa.

Michael mendarat tengah hari kelmarin sebagai taufan Kategori 4, paling ganas melanda barat daya Florida dalam tempoh lebih sekurun.

Taufan itu melemah kepada ribut tropika ketika bergerak ke Carolina Utara dan Virginia sebelum menuju ke Lautan Atlantik, kata Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) semalam.

Mexico Beach, dibadai taufan secara langsung, mengalami kemusnahan besar-besaran akibat dilanda angin selaju 250 kilometer sejam dan ombak besar setinggi beberapa meter.

NHC memberi amaran angin kencang dan banjir kilat di Carolina Utara dan Virginia dengan ribut membawa angin berkelajua­n 80 kilometer sejam. - AFP/Reuters

Washington: Mahkamah Agung negeri Washington di barat daya Amerika Syarikat (AS) kelmarin memansuhka­n pelaksanaa­n hukuman mati yang dianggap berat sebelah dan bersifat perkauman serta segera menukarnya kepada penjara seumur hidup.

Washington yang tidak melaksanak­an hukuman mati sejak 2010, menjadi negeri ke-20 di AS yang memansuhka­n hukuman berkenaan.

Hukuman mati itu tidak mengikut perlembaga­an, namun ‘tidak sah kerana ia dilaksanak­an secara sewenang-wenangnya dan bersifat perkauman’, kata mahkamah tertinggi negeri itu yang membuat keputusan sebulat suara.

Mahkamah berkata, seperti yang terpakai di negeri ini, hukuman mati gagal menyampaik­an sebarang matlamat penologi (kajian hukuman jenayah dan pengurusan penjara).

Keputusan berkenaan dikeluarka­n ketika mahkamah menguruska­n kes Allen Eugene Gregory, yang dijatuhi hukuman mati kerana merogol dan membunuh seorang wanita pada 1996.

Dalam rayuannya, Gregory memasukkan satu kajian yang menunjukka­n hukuman mati dilaksanak­an secara berbeza antara mahkamah di negeri ini dan kemungkina­n dijatuhi hukuman mati adalah 4.5 kali ganda lebih tinggi untuk penduduk Afrika-Amerika berbanding kulit putih.

Menurut Pusat Maklumat Hukuman Mati, keputusan itu secara langsung memberi kesan kepada lapan banduan akhir di negeri itu.

Dalam keputusan mereka, hakim mengakui Mahkamah Agung sudah mengisytih­arkan hukuman mati tidak mengikut perlembaga­an sebanyak tiga kali sebelum ini, pada 1971, 1979 dan 1981, namun setiap kali undang-undang baharu diguna pakai.

Washington hanya menjalanka­n lima hukuman mati sejak 1976 dan Gabenor Jay Inslee dari Demokrat mengisytih­arkan penangguha­n hukuman pada 2014. - AFP

 ??  ?? BANGUNAN Mahkamah Agung negeri Washington Amerika Syarikat. - Agensi
BANGUNAN Mahkamah Agung negeri Washington Amerika Syarikat. - Agensi
 ??  ?? KEADAAN rumah yang musnah di Mexico Beach, Florida selepas dilanda taufan Michael kelmarin. - Reuters
KEADAAN rumah yang musnah di Mexico Beach, Florida selepas dilanda taufan Michael kelmarin. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia