Harian Metro

TAK KENAL SAKIT

- BERNAMA

„ Dik Wan ketepi kecederaan dialami demi kilauan emas

amstring dan groin’. Itulah dua masalah besar yang menimpa Mohamad Ridzuan Puzi selepas melengkapk­an cabaran dalam cara 100m T36 lelaki (cerebal palsy) di temasya Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.

Dalam acara berkenaan, Mohamad Ridzuan yang membahasak­an dirinya Dik Wan berjaya melakar rekod dunia selepas memadam catatan dilakukan atlet Russia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis 2013.

Dik Wan melakukan 11.87s, 0.03 saat lebih pantas berbanding catatan 11.90s yang dicipta Shvetcov, tetapi akibatnya, dia menanggung kesakitan yang bukan sedikit.

Tetapi, berbekalka­n keazaman yang sangat tinggi, Dik Wan melupakan semua masalah yang dihadapiny­a dan hasilnya cukup mengejutka­n apabila dia berjaya dalam dua lagi acara yang disertainy­a 400m T36 lelaki dan lompat jauh T36 lelaki.

Lebih membanggak­an, Dik Wan memecahkan rekod Asia dalam acara lompat jauh T36 menerusi jarak 5.49m.

Ketika mendedahka­n perkara berkenaan, jurulatihn­ya, Jaganathan Ramasamy hampir menangis kerana bagi beliau, Dik Wan sudah dianggap sebagai anak sendiri.

“Dua belas tahun saya melatihnya, dia sudah seperti anak sendiri, ketika saya tahu dia cedera, saya hanya mampu berdoa.

“Selepas Dik Wan mencatat (rekod baru dunia) masa 11.87 saat dalam acara 100m sekali gus memadam rekod Evgenii, dia mengalami kecederaan ‘hamstring dan groin’.

“Dik Wan ketepikan kesakitan, tetap berlari untuk negara dan meraih pingat emas dalam acara 400m lelaki T36 dengan catatan masa

59.36s.

“Kecederaan makin teruk, ada urat saraf yang putus, namun pagi semalam (kelmarin), jam

11.30 pagi, dia ketuk bilik saya dan berkata mahu juga sertai acara lompat jauh

T36.

“Doktor yang memeriksan­ya menasihatk­an

Dik Wan supaya tidak menyertai acara itu kerana bimbang kecederaan­nya boleh menjadi semakin teruk, tapi dia tetap mahu bertanding,” katanya.

Jaganathan berkata, tanpa sebarang latihan sebagai persiapan untuk acara lompat jauh, Dik Wan turun ke gelanggang dan berjaya meraih emas dengan rekod baru Asia (5.49m).

Dik Wan ketika ditemui tidak lupa berterima kasih kepada ibu bapanya yang kini berada di Makkah dan percaya doa mereka membantuny­a berjaya dalam temasya kali ini.

“Terima kasih mak, ayah (kerana) doakan Dik Wan,”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia