Harian Metro

Leong hilang rentak

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pemain negara, Ben Leong gagal mengawal permainan dan terpaksa berpuas hati dengan catatan dua bawah par 70 untuk terikat di tangga ke-29 pada hari kedua CIMB Classic di lapangan TPC Kuala Lumpur, semalam.

Pemain berusia 32 tahun itu mengakui kesabarann­ya mula teruji sepanjang sembilan lubang terakhir terutama di lubang 10 dan 11 apabila mencatat bogey dan bogey berganda sekali gus memadam kelebihan lima birdie yang dicatatnya.

“Bermain dengan baik di sembilan lubang pertama dan mula hilang rentak di lubang 10 dan 11,” kata Leong yang kali pertama beraksi di CIMB Classic 2015 di mana dia mendapat tempat ke-64.

“Saya gagal mengawal kesabaran,

(gambar)

tetapi masih mampu bertahan, bangkit dan melakukan birdie di lubang 12. Mungkin (kerana) ini minggu keenam berturut-turut saya, jadi saya sedikit letih.”

Leong mengharung­i lima kejohanan Jelajah Asia berturut-turut dengan keputusan terbaiknya hadir di Yeangder TPC di Taiwan minggu lalu di mana dia menamatkan saingan terikat di tangga keenam untuk meraih AS$13,462 (RM56,000).

Leong akan cuba menukar strategi pada pusingan ketiga hari ini dalam usaha mengulangi prestasi cemerlang hari pertama.

Seorang lagi pemain negara, Jeremiah Kim Leun Kwang yang beraksi buat kali pertama, masih belum menemui rentak apabila mengulangi catatan kelmarin, empat atas par 76 dan tercicir di tangga terakhir dengan lapan atas par 152 keseluruha­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia