Harian Metro

Kontinjen negara tepati sasaran

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia mencapai sasaran 15 emas di Sukan Para Asia Jakarta 2018 selepas atlet olahraga Eddy Bernard memenangi acara lompat jauh lelaki T44, T62/64, malam tadi.

Sebelum itu, jaguh para negara Ziyad Zolkefli membuktika­n kehebatann­ya apabila berjaya mempertaha­nkan pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajar­an) di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Bekas peniaga kuetiau di Jalan Tunku Abdul Rahman itu melakukan lontaran sejauh 16.94 meter pada percubaan keenam untuk memecahkan rekod temasya 15.31m yang dibuatnya di Incheon 2014.

Ziyad muncul juara apabila menewaskan rakan senegara, Alif Awi yang merangkul perak dengan catatan 13.09m, manakala atlet Thailand, Sanepoot Boonkong menang gangsa (13.01m).

Kejayaan Ziyad adalah pingat emas ke-14 buat kontinjen negara yang kini hanya kurang satu emas daripada sasaran awal 15 emas.

Untuk rekod, Ziyad juga pemegang rekod dunia lontar peluru lelaki F20 selepas dia melakukan lontaran sejauh 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi atlet olahraga negara, Haisham Ashraf menghadiah­kan pingat perak dalam acara 1,500m T46 (cacat anggota badan) lelaki.

Haisham mencatat masa 4 minit 17.02 saat tewas kepada Marufjon Murodulloe­v dari Uzbekistan yang merakam 4:13.99s manakala gangsa milik pelari Iran, Amin Abdolpour (4:19.44s).

 ??  ?? EDDY
ZIYAD
EDDY ZIYAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia