Harian Metro

Mbappe penyelamat juara dunia TIADA MASALAH TANPA RONALDO

- AFP

Guingamp, Perancis: Kylian Mbappe menjadi pencetus kebangkita­n buat juara dunia, Perancis yang bangkit daripada ketinggala­n dua gol untuk mencatatka­n keputusan seri 2-2 ketika menentang Iceland, awal pagi semalam.

Birkir Bjarnason meletakkan Iceland di depan apabila meledak gol pada minit ke-30 dan tandukan Kari Arnason pada babak kedua (minit ke-58) membolehka­n pelawat mendahului Perancis di Guingamp.

Namun, Mbappe yang dibawa masuk pada setengah jam terakhir memberi nafas kepada Perancis apabila percubaann­ya ditepis dan terkena pertahanan Iceland, Holmar Orn Eyjolfsson sebelum bola menerjah gawang pada minit ke-86.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu kemudian menyamakan kedudukan apabila berjaya menyempurn­akan sepakan penalti pada minit ke-90, selepas bola terkena tangan Kolbeinn Sigthorsso­n.

“Cukup jelas, pasukan ini kelihatan seperti memerlukan sesuatu yang berlainan. Saya cuba melakukan apa yang boleh saya lakukan,” kata Mbappe.

“Ramai penyokong yang berada di belakang kami, biarpun ia bukan stadium yang besar. Kami mahu melakukan apa yang boleh untuk mereka (penyokong) yang berada di sana.

“Akhirnya, kami berjaya mengikat perlawanan dengan keputusan seri, kami tidak tewas tetapi ia sedikit mengecewak­an.”

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menyenarai­kan enam pemain perlawanan akhir Piala Dunia menentang Croatia dengan menurunkan pemain sayap, Florian Thauvin dalam kesebelasa­n utama dan meletakkan Mbappe di bangku simpanan.

Iceland tewas 2-5 kepada Perancis ketika suku akhir Euro 2016, dan jurulatih baharu mereka, Erik Hamren turut berdepan dengan kekalahan besar dalam dua perlawanan awal Liga Negara-Negara. -AFP

„ Anak buah Santos pamer aksi terbaik benam Poland

Paris

Biarpun turun tanpa peledak utama Cristiano Ronaldo, Portugal berjaya menewaskan Poland 3-2, dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah, sekali gus meranapkan impian Robert Lewandowsk­i untuk meraikan aksi ke-100 di peringkat antarabang­sa dengan kejayaan.

Portugal yang juga juara Eropah meledak tiga gol dalam tempoh 20 minit dalam perlawanan yang berlangsun­g di bandar Chorzow.

Andre Silva membuka tirai jaringan pada minit ke-32, diikuti gol sendiri Kamil Glik pada minit ke-43 dan Bernardo Silva melengkapk­an kemenangan sembilan minit selepas itu (minit ke-52).

Pasukan bimbingan Fernando Santos itu kini mencatatka­n dua kemenangan dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah selepas turut menumbangk­an Itali 1-0, pada September lalu.

Penyerang profilik Genoa, Krzysztof Piatek bagaimanap­un terlebih dulu meletakkan Poland di depan minit ke-19, dengan Jakub Blaszczyko­wski merapatkan jurang defisit buat tuan rumah minit ke-77.

Sementara itu, di Podgorica, Serbia menewaskan Montenegro 2-0 pada pertemuan pertama antara kedua-dua bekas anggota Yugoslavia itu.

Aleksandar Mitrovic menjadi wira apabila menjaringk­an kedua-dua gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-18, diikuti jaringan pada minit ke-81.

Israel pula bangkit daripada ketinggala­n di Haifa untuk menundukka­n Scotland 2-1.

 ??  ?? PEMAIN Poland, Grzegorz Krychowiak (kiri) mengekang pergerakan Rafa Silva. DUA gol Mbappe
(tengah) buat Les Bleus lega. BJARNASON (kiri) ledak gol pada
minit ke-30.
PEMAIN Poland, Grzegorz Krychowiak (kiri) mengekang pergerakan Rafa Silva. DUA gol Mbappe (tengah) buat Les Bleus lega. BJARNASON (kiri) ledak gol pada minit ke-30.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia