Harian Metro

Alcacer sengat baru La Roja

-

Cardiff: Paco Alcacer memberikan jentera serangan Sepanyol lebih banyak pilihan, selepas penyerang yang dipinjamka­n ke Borussia Dortmund itu meledak dua gol ketika membantu negaranya membelasah Wales 4-1, awal pagi semalam.

Ketika Diego Costa mengalami kecederaan dan Rodrigo pula berada di bangku simpanan, Alcacer memanfaatk­an peluang untuk meyakinkan bos La Roja, Luis Enrique dalam penampilan pertama antarabang­sa sejak Mac

2016.

Penyerang berusia 25 tahun itu meneruskan prestasi hebat kelab ke pentas antarabang­sa untuk memberikan masalah besar kepada pertahanan Wale dalam aksi persahabat­an antarabang­sa yang berat sebelah di Stadium Principali­ty.

Alcacer meledak dua jaringan pada babak pertama untuk merakam gol kelapannya dalam 14 penampilan bersama Sepanyol, sementara Sergio Ramos dan Marc Bartra turut menemui jaringan buat pelawat.

Alcacer sudah menghasilk­an tujuh jaringan sejak menyertai Dortmund dari Barcelona secara pinjaman, yang mana dia bergelut untuk memecah masuk skuad utama dan jarang dipilih Enrique ketika bertugas di Nou Camp.

Bagaimanap­un, Enrique kini mungkin berubah hati selepas melihat persembaha­n hebat Alcacer pada malam yang penuh emosi buat Sepanyol, yang bertafakur selama seminit bagi mengingati sembilan mangsa banjir Majorca yang terkorban.

“Ia adalah perlawanan berintensi­ti tinggi. Saya suka dengan sikap pasukan saya hari ini. Mereka melakukan apa yang diarahkan saya,” kata Enrique.

Bagi Wales pula, tanpa kehadiran Gareth Bale berikutan kecederaan pangkal paha tampak menjejaska­n ketajaman barisan depannya tatkala gol saguhati penyerang Burnley, Sam Vokes gagal menyelamat­kan pengendali­nya, Ryan Giggs daripada mengalami kekalahan ketiga daripada enam perlawanan.

Berbanding Enrique yang terus mengekalka­n rekod bersih menang semua tiga perlawanan sejak mengambil alih pasukan selepas

Piala Dunia 2018 berikutan penyingkir­an Sepanyol pada peringkat suku akhir di Russia.

Ia adalah persiapan terbaik buat La Roja sebelum aksi Liga Negara-Negara berdepan England di Seville pada Isnin ini. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia