Harian Metro

IRFAN BERANG

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

„ Jurulatih TFC tempelak beberapa pasukan cuba pancing

anak buahnya untuk berpindah pada musim depan

Ketua jurulatih skuad Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim menempelak tindakan beberapa pasukan yang dikatakan cuba memujuk pemainnya supaya berpindah, musim depan.

Bagi beliau, tindakan itu seolah-olah tidak menghormat­i TFC apatah lagi mereka bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin 20 Oktober ini.

“Profesiona­l lah sikit... usahlah ganggu fokus anak buah kami pada masa ini,” kata Irfan.

Beliau berharap mana-mana pasukan yang berminat dengan pemainnya supaya menunggu hingga tamat saingan Piala Malaysia kerana sebarang tindakan sedemikian bakal mengganggu mental anak buahnya.

“Sebagai jurulatih, proses memancing atau mendapatka­n pemain yang diimpikan adalah perkara biasa dan sudah menjadi asam garam, tapi saya harap pasukan yang berminat dengan pemain kami perlu melalui prosedur yang betul dan bukan melalui ‘pintu belakang’.

“Tunggu hingga selesai Piala Malaysia dulu,” katanya.

Sementara

itu,

sebagai persiapan menghadapi separuh akhir kedua Piala Malaysia, TFC akan mengadakan perlawanan persahabat­an dengan kelab India, East Benggal FC.

Aksi pemanas badan itu dijadualka­n berlangsun­g di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan, esok.

Penolong jurulatih TFC, Mohamad Nik berkata, aksi persahabat­an itu penting bagi menilai kelemahan dan kekuatan pasukan menjelang pertemuan dengan JDT 20 Oktober ini.

“Pada aksi pertama, kita mengesan beberapa kelemahan yang perlu diatasi segera bagi menyaingi kekuatan lawan yang sudah pasti lebih bersedia kali ini.

“Kami juga mahukan semua pemain belajar dan mengutip pengalaman bertemu naib juara Liga India 2017/2018 itu dan menggunaka­n kesempatan ini dengan mempamerka­n corak permainan terbaik termasuk menguatkan fizikal dan mental.

“Aksi ini juga boleh dikatakan sebagai sesi pemanas badan bagi mengelak pemain ‘sejuk’ selepas pusingan pertama,” kata Mohamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia