Harian Metro

Azraai akur nama tak tersenarai kendali Lang Merah musim depan

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Bekas pengendali Kedah, Azraai Khor Abdullah akur dengan keputusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak menyenarai­kan namanya selaku jurulatih Lang Merah musim depan.

Nama Azraai sebelum ini disebut-sebut peminat bagi mengisi jawatan berkenaan tetapi KFA memilih jurulatih kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sehak serta bekas anak buah Azraai, Victor Andrag sebagai pengendali musim depan.

“Saya tidak kecil hati mahupun terkilan kerana bagi saya apa yang penting adalah segala usaha perlu dilakukan KFA untuk memulihkan pasukan.

“Sebagai jurulatih yang sudah lama membimbing Kedah termasuk skuad remaja sebelum ini, saya faham KFA mempunyai alasan tertentu berdasarka­n perancanga­n yang hendak dilaksanak­an pada musim depan.

“Ada penyokong yang menghubung­i saya bertanya mengenai perkara ini (jawatan) namun saya menganggap pemilihan sebegini sudah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi semua jurulatih terutama pada hujung musim dan terima kasih saya ucapkan di atas sokongan yang mereka tunjukkan kepada saya,” katanya.

Berkaitan spekulasi yang menyebut beliau antara jurulatih yang diintai kelab Liga Super sebelum ini, Azraai mengaku ada kelab yang mahukan khidmatnya.

“Ada juga yang bertanya tapi saya belum dapat membuat apa-apa keputusan dalam masa terdekat. Hati saya masih di Kedah dan saya kini mengendali­kan klinik bola sepak peringkat akar umbi di seluruh Kedah.

“Kedah ada ramai bakat muda yang berpotensi dan boleh diketengah­kan di peringkat lebih tinggi dan impian saya ialah melihat generasi baru mencipta nama besar satu hari nanti,” katanya.

 ??  ?? SKUAD Kedah tidak diterajui Azraai pada musim depan. Saya tidak kecil hati mahupun terkilan kerana bagi saya apa yang penting adalah segala usaha perlu dilakukan KFA untuk memulihkan pasukan”
SKUAD Kedah tidak diterajui Azraai pada musim depan. Saya tidak kecil hati mahupun terkilan kerana bagi saya apa yang penting adalah segala usaha perlu dilakukan KFA untuk memulihkan pasukan”
 ?? Azraai Khor Abdullah ??
Azraai Khor Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia