Harian Metro

Usaha berterusan KBS, KPM ‘talian hayat’ NFDP

-

dalam pembanguna­n bola sepak, kita mempunyai pelbagai golongan yang terbabit dengan niat yang baik. Mungkin ada golongan yang ikhlas mahu membantu tetapi mempunyai batas keupayaan dari segi pemahaman teknikal.

Sebagai contoh, kita harus puji usaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia atau KPM . Walaupun tidak dipertangg­ungjawab untuk melahirkan pemain bola sepak tetapi mereka terus gigih dengan pembanguna­n melalui sekolah sukan.

Selain kejohanan seperti MSSD dan MSSN sehingga ke MSSM, KPM juga menyediaka­n Piala KPM supaya sekolah sukan mempunyai kejohanan tersendiri.

Saya setuju dengan usaha murni ini kerana seperti yang saya katakan tadi, pembanguna­n bola sepak bukanlah tanggungja­wab KPM.

Bagaimanap­un, KPM boleh terus memainkan peranan dengan mengadakan garis pemisah antara akademik dan bola sepak.

Soal akademik diuruskan guru, manakala soal bola sepak diserahkan kepada jurulatih profesiona­l. Hanya dengan adanya jurulatih profesiona­l di sekolah sukan maka pembanguna­n bola sepak akan lebih maju.

Kemudian datang pula Pelan Pembanguna­n Bola Sepak Negara atau NFDP sebuah usaha murni Kementeria­n Belia dan Sukan atau KBS. Pelan ini menggunaka­n usaha KPM dengan tambahan kemahiran teknikal.

Sekali pandang, NFDP mengambil “creme de la creme” dari segala usaha KPM dan menyusun perancanga­n mereka tersendiri.

Baru-baru ini, “creme de la creme” hasil usaha KBS sudah pun menunjukka­n bakat serta tahap yang baik di AFC B-16.

Pasukan B-16 negara sudah boleh diangkat sebagai pasukan kebangsaan dengan pengiktira­fan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Jika kita imbas kembali, KPM memegang watak petani dengan menanam benih yang hasilnya dituai KBS melalui NFDP dan pihak FAM ingin mendabik dada melalui ‘pencapaian’.

Apabila ‘pencapaian’ tidak memenuhi kehendak, maka kegagalan terpaksa dipikul KPM dan KBS.

Pihak yang dipertangg­ungjawabka­n untuk membangunk­an bola sepak di negara kita, langsung tidak dilihat memainkan peranan dalam isu pembanguna­n.

Di Malaysia, kegagalan FAM yang tidak mempunyai hala tuju pembanguna­n bola sepak dikitar semula.

Kalau sebelum ini ada Harimau Muda, kita sekarang mempunyai NFDP.

Pihak FAM tidak mempunyai pengaruh atau taring untuk memaksa ahli gabungan mereka untuk menjalanka­n program pembanguna­n yang selaras. Mengapa ahli gabungan FAM tidak menghirauk­an badan induk bola sepak itu?

Adakah FAM mempunyai satu pelan perancanga­n pembanguna­n bola sepak untuk dikendalik­an oleh ahli gabungan?

Atau ahli gabungan terbabit dalam perang saudara di peringkat dalaman seperti pengalihan kuasa atau masalah dana yang tidak mencukupi?

Kita berharap pihak KPM serta KBS melalui NFDP akan berterusan dengan pembanguna­n bola sepak di Malaysia kerana tanpa pembabitan dua pihak ini, bola sepak pasti ranap.

 ??  ?? AKADEMI Mokhtar Dahari di bawah kendalian NFDP.
AKADEMI Mokhtar Dahari di bawah kendalian NFDP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia