Harian Metro

“H PFA ‘LEPAS TANGAN’

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

ingga hari ini, belum ada tanda-tanda PFA akan melangsaik­an tunggakan gaji saya walaupun FAM sudah mengeluark­an arahan pada 3 September. PFA hanya membisu, malah semua panggilan dan mesej saya kepada mereka tidak berjawab.

“Sebaliknya, saya diberitahu oleh seorang jurulatih skuad belia, pegawai persatuan itu mencabar jurulatih supaya mengadu kepada persatuan jurulatih (Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM),” kata jurulatih Perlis, Manja Man

(gambar).

Manja adalah antara pengendali pasukan yang tidak menerima gaji seperti yang didedahkan PJBM kelmarin dan beliau kini menyerahka­n nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyelesai­kan kemelut tuntutan terhadap Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Manja yang dihubungi Sukan NSTP memberitah­u, PFA masih mengambil sikap lepas tangan walaupun tempoh diberikan FAM untuk melunaskan tunggakan itu sudah hampir dua minggu berlalu.

“Gaji saya tidaklah sebesar mana sebagaiman­a jurulatih pasukan lain tapi apabila tertunggak selama lapan bulan, sedikit sebanyak ia menjejaska­n kehidupan saya.

“Malah, saya lebih bersimpati dengan nasib pemain, sudahlah gaji tidak sebesar mana, tertunggak pula. Mereka kini benar-benar tersepit sehingga sudah ada yang berdepan tindakan bank kerana gagal menjelaska­n hutang kereta,” katanya.

Pada 3 September lalu, FAM mengarahka­n PFA agar melangsaik­an tunggakan gaji pemain dan pegawainya berjumlah RM461,500 dalam tempoh 30 hari.

Jika gagal, kes berkenaan akan dibawa ke Jawatankua­sa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbang­an rasmi.

“Saya difahamkan Perlis boleh digantung daripada menyertai pertanding­an musim depan jika masih gagal menyelesai­kan isu tunggakan gaji itu. Jika ia berlaku, ia adalah satu kerugian kepada bola sepak negeri ini,” katanya.

Justeru, Manja berharap barisan kepemimpin­an baharu yang bakal dipilih untuk menerajui PFA dalam mesyuarat agung luar biasa esok dapat mencari jalan untuk menyelesai­kan kemelut itu sebelum FAM mengambil tindakan drastik.

„ Manja masih belum terima tunggakan gaji walaupun FAM

sudah keluarkan arahan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia