Harian Metro

Pantai Luak dipenuhi habuk kayu

-

Miri: Kehadiran habuk kayu dan longgokan sampah di pesisir

Pantai Luak, di sini, menimbulka­n masalah kepada komuniti nelayan setempat sehingga menjejaska­n sumber pendapatan mereka.

Malah pergerakan keluar masuk bot nelayan di lokasi berkenaan terhalang kerana laluan berkenaan dipenuhi sampah selain habuk kayu dan sisa buangan dari beberapa kilang kayu berhampira­n.

Nelayan, Jamani Maricam, 45, berkata, situasi itu merugikan nelayan tempatan kerana tidak dapat keluar menangkap ikan bagi menambah pendapatan masing-masing.

“Setiap kali berlaku ombak besar pasti kawasan pantai dan laluan menarik bot akan dipenuhi habuk kayu, longgokan kayu dan sampah.

“Kami terpaksa bergotong-royong membuang sampah berkenaan bagi memudahkan bot ditarik ke laut,” katanya kepada Harian Metro, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, masalah itu sudah lama berlaku di kawasan Pantai Luak dan menimbulka­n masalah kepada hampir semua nelayan di kawasan terbabit.

Rakannya, Jasri Manshur, 33, berkata, masalah itu bukan saja berlaku di Luak malah beberapa pesisir pantai lain di Miri dan Kuala Baram.

“Kita percaya habuk kayu berkenaan dibuang pemilik kilang yang beroperasi di sepanjang Sungai Batang Baram,” katanya.

Hanya di sungai itu, katanya, terdapat banyak kilang memproses kayu yang beroperasi di wilayah utara Sarawak ketika ini.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa tempatan memberi perhatian serius untuk menangani masalah berkenaan.

 ??  ?? HABUK kayu dan sampah menghalang nelayan menarik bot untuk turun ke luat menangkap ikan.
HABUK kayu dan sampah menghalang nelayan menarik bot untuk turun ke luat menangkap ikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia