Harian Metro

LAYAK TUNTUT ILMU

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

Anak tanpa warganegar­a layak mendapat pendidikan lebih baik apabila proses kemasukan mereka ke sekolah kerajaan akan dipermudah­kan bermula Januari depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat kementeria­nnya minggu lalu bagi memastikan setiap anak di negara ini mendapat pendidikan sempurna.

Beliau berkata, kesulitan sering berlaku bagi anak tanpa warganegar­a itu untuk mengikuti persekolah­an berikutan kerenah birokrasi yang ketat.

“Kita berusaha memudahkan urusan kemasukan mereka ke sekolah dengan menetapkan syarat jika salah seorang ibu bapa mereka warga Malaysia, mereka boleh mendaftar untuk bersekolah dengan mengemukak­an sijil kelahiran atau perintah mahkamah atau sijil pengangkat­an bagi anak angkat.

“Kami akan menghantar surat ke Jabatan Pelajaran dalam masa terdekat mengenai keputusan itu agar dapat dimulakan pada awal tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Pagar Alumni di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Kuching High, di sini semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Wong King Wei; Presiden Persatuan Ex-Highian Kuching, Pauline Gan Guet Beng dan Pengetua SMJK Kuching High, Tan Kiang Tuang.

Nie Ching berkata, difahamkan jumlah anak tanpa warganegar­a di negara ini mencecah ratusan ribu.

Beliau berkata, berdasarka­n maklumat yang diterima daripada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dua tahun lalu, lebih 300,000 anak tanpa warganegar­a berusia bawah 18 tahun di negara.

“Saya belum menerima statistik terbaru daripada Menteri Dalam Negeri terkini (Tan Sri Muhyiddin Yassin), tetapi percaya jumlahnya masih ramai,” katanya.

„ Proses anak tanpa warganegar­a ke sekolah dipermudah­kan Januari depan

 ??  ?? NIE Ching (empat dari kiri) menandatan­gani plak di Majlis Perasmian Pagar Alumni di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Kuching High, Kuching.
NIE Ching (empat dari kiri) menandatan­gani plak di Majlis Perasmian Pagar Alumni di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Kuching High, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia