Harian Metro

Jangan takut buat aduan

-

Sibu: “Jangan takut buat aduan kes jenayah, termasuk kegiatan pengedaran dan penyalahgu­naan dadah,” kata Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit.

Katanya, identiti setiap pemberi maklumat sentiasa dirahsiaka­n atas faktor keselamata­n, malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam usaha memerangi jenayah.

Malah, beliau memberi jaminan itu berhubung isu kebimbanga­n penduduk jika identiti mereka didedahkan apabila menjadi pemberi maklumat seperti dibangkitk­an Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palawan, David Wong Kee Woan.

Isu itu diutarakan ketika berlangsun­g Sesi Dialog Wakil Rakyat Bersama PDRM di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, di sini kelmarin.

Hadir sama Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling; Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau dan ADUN Bukit Assek, Irene Chang.

Stanley menjelaska­n, pengadu yang mempunyai maklumat boleh datang terus ke IPD Sibu atau Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sibu di Balai Polis Sungai Merah untuk membuat aduan.

“Statistik IPD Sibu mencatatka­n 784 kes membabitka­n 853 tangkapan berkaitan dadah di daerah ini dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

“Ini menunjukka­n penguranga­n sebanyak 7.32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatatka­n sebanyak 824 kes dan 920 tangkapan,” katanya. Beg galas mengandung­i batu dan ‘tangkal’ antara barangan ditemui dalam sebuah restoran yang diceroboh masuk di Pusat Komersial Saberkas, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, beg berkenaan dipercayai ditinggalk­an individu terbabit selepas melarikan komputer riba dan empat karton air dianggarka­n bernilai lebih RM4,000.

Sumber memberitah­u Harian Metro, suspek dikatakan menceroboh melalui pintu hadapan restoran berkenaan yang dipecahkan.

“Suspek turut bertindak memecahkan peti simpanan wang dengan harapan memperoleh wang tunai. Bagaimanap­un, tiada wang yang disimpan di dalam peti simpanan itu,” katanya.

Katanya, pemilik restoran kemudian membuat pemeriksaa­n dan menemui sebuah beg sandang dipercayai milik suspek.

“Hasil pemeriksaa­n menemui batu tidak diketahui selain tangkal menggunaka­n ayat tidak difahami,” katanya.

Katanya, laporan polis kemudianny­a dibuat di Balai Polis Pusat Miri.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes sedang disiasat.

 ??  ?? STANLEY (kanan) dalam Sesi Dialog Wakil Rakyat Bersama PDRM.
STANLEY (kanan) dalam Sesi Dialog Wakil Rakyat Bersama PDRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia