Harian Metro

SUSPEK BARU RASUAH

- Junaidi Ladjana cnews@nstp.com.my

Seorang lagi anggota polis berpangkat koperal ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima suapan daripada pengedar dan penagih dadah sejak tahun 2014.

Suspek berusia 44 tahun yang kini bertugas di Bahagian Stor Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, ditahan di IPD Kota Belud, kira-kira jam 7 malam kelmarin sebelum dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, pagi semalam.

Sebelum ini, suspek difahamkan pernah dipinjamka­n ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Belud.

Penahanan terbaru berkenaan menjadikan jumlah tangkapan terkini membabitka­n anggota polis dalam kes berkenaan seramai 13 orang.

Mahkamah membenarka­n suspek direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Permohonan reman dibuat oleh Pegawai Pendakwa SPRM Sabah, Mohd Faliq Basiruddin di hadapan Majistret, Stephanie Sherron Abbie.

Difahamkan, suspek ditahan kerana dipercayai terbabit menerima wang rasuah secara tunai atau melalui transaksi bank secara harian, mingguan dan bulanan.

Kegiatan berkenaan dipercayai berlanjuta­n sejak tahun 2014 lagi hingga Jun lalu dengan jumlah keseluruha­n suapan dianggarka­n mencecah puluhan ribu ringgit.

Pihak SPRM masih menjalanka­n siasatan bagi mengenal pasti anggota polis yang terbabit dan jumlah suapan sebenar yang diterima.

Pada Selasa lalu, seramai 12 anggota polis direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima suapan daripada pengedar dan penagih dadah sejak tahun 2014.

Lagi seorang anggota polis ditahan berkaitan kes suapan pengedar dadah

 ??  ?? ANGGOTA SPRM membawa seorang anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima suapan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.
ANGGOTA SPRM membawa seorang anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima suapan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia