Harian Metro

‘JAGA AIR’ RM9 JUTA

„ Anggota PPM antara 23 ditahan dalam tiga serbuan

- Mohd Sabran Md Sani dan Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my

Mereka sepatutnya menjaga perairan negara, namun dua koperal Pasukan Polis Marin (PPM) Johor dicekup kerana menjadi ‘jaga air’ bagi memastikan laluan penyeludup­an di laut selamat. Mereka ditahan bersama 21 ahli sindiket penyeludup­an rokok dengan rampasan bernilai RM9 juta termasuk deretan kereta mewah, lapor Mohd Sabran Md Sani dan Safeek Affendy Razali

Dua anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor antara 23 individu ditahan ketika Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhka­n sindiket penyeludup­an rokok babit nilai rampasan RM9 juta, Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya menjalanka­n siasatan dan menahan kedua-dua anggota itu selepas dipercayai terbabit dengan sindiket.

“Peranan kedua-dua lelaki berpangkat koperal sebagai ‘jaga air’ untuk memastikan keadaan laluan penyeludup­an selamat digunakan.

“Berdasarka­n siasatan awal, peranan mereka adalah ‘jaga line’ iaitu bergerak dalam kedudukan paling hadapan semasa sesuatu proses membawa rokok seludup dijalankan sindiket.

“Tujuannya bagi memastikan tiada sekatan jalan raya oleh polis atau pihak berkuasa di laluan itu dan sekiranya ada, sindiket akan berpatah balik atau bersembuny­i di lokasi lain sehingga keadaan selamat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya masih menjalanka­n siasatan terperinci pembabitan kedua-dua anggota polis marin berusia 30-an itu.

Difahamkan, kedua-dua anggota polis berkenaan ditahan bersama dalang sindiket penyeludup­an rokok itu di sekitar Johor Bahru dalam operasi bermula Rabu lalu.

Terdahulu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaska­n sindiket penyeludup­an rokok terbesar di pantai timur Johor dengan tertangkap­nya 23 individu membabitka­n rampasan RM9 juta dalam tiga serbuan berasingan di negeri ini.

Acryl Sani pada sidang media berkata operasi membabitka­n anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di dua kilang dan kediaman perseorang­an sekitar negeri ini.

“Operasi ini berjaya menahan 23 individu termasuk tujuh lelaki tempatan dan 16 lelaki warga Indonesia berusia 24 hingga 46 tahun.

“Sebanyak 19 kereta termasuk kereta mewah, lima lori tiga tan, 1,332 kotak rokok dan wang tunai RM9,645 dirampas dalam beberapa siri serbuan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing di sini.

 ??  ??
 ??  ?? ACRYL Sani (dua dari kanan) melihat rokok yang dirampas daripada sindiket, semalam.
ACRYL Sani (dua dari kanan) melihat rokok yang dirampas daripada sindiket, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia